Resensi Novel Sekayu Cinta Dia Karya Muna Mahira

Cikgu Muzz
By -
0
 


Judul: Sekayu Cinta Dia
Penulis: Muna Mahira
Penerbit: Permata Hiraz Sdn. Bhd.
Tahun: September 2016
Bilangan Halaman: 235 muka surat
 
Ulasan:
Jarang kita membaca prolog membentangkan watak remaja sekolah menengah dalam seragam sekolah yang begitu berani boleh mendekati seorang pemuda, malah duduk di atas ribanya, kemudian meminta pula wang kerana sudah mencuci mata melihat tubuhnya. Itulah permulaan novel Sekayu Cinta Dia. Adlina ditampilkan dalam sisi watak yang seksi sedari remaja sehinggalah sudah bergelar isteri kepada lelaki yang dipanggil Abang Dzal, iaitu lelaki yang sama Adlina meminta wang ketika maih dalam seragam sekolah.
 
Sekayu Cinta Dia merupakan sebuah naskhah ringan untuk dibaca tetapi masih menarik dan mampu memikat keinginan pembaca untuk mengetahui kesudahan hubungan Lin dan Dzal. Penulis tidak meletakkan noktah kepada setiap plot dalam novel ini, apabila ibu Dzal masih tidak dapat menerima Adlina sebagai menantu sehingga ke akhir cerita ini.
 
Manusia mencari sempurna dan ketidaksempurnaan itu hadir dalam setiap langkah manusia untuk menyempurnakan setiap yang tidak sempurna...
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!