Resensi Novel Shasha My Love Karya Muna Mahira

Cikgu Muzz
By -
0
 

Judul: Shasha My Love
Penulis: Muna Mahira
Penerbit: Permata Hiraz Sdn. Bhd.
Bilangan Halaman: 403 muka surat
Tahun: September 2020
 
Ulasan:
Hanya satu malam. Itu syarat yang dikenakan oleh Shasha untuk lelaki bermata keranjang yang mahu mendampinginya. Namun, bukan semua mampu mendekati Shasha. Kriteria yang boleh menambat hati Shasha amat eksklusif. Hanya yang benar-benar layak sahaja boleh mendekatinya. Hidup tanpa pegangan iman. Arak dan zina menjadi teman. Itulah Shasha, daripada seorang gadis yang baik bertukar menjadi seliar itu selepas dijual oleh bapa kandungnya sendiri demi meraih keuntungan dalam perniagaan. Itu kisah Nur Natasha Awanis.
 
Rizhan Naufal pewaris empayar perniagaan jutaan ringgit. Bertubuh sasa. Berwajah kacak. Dia mengejar Shasha meski dia tahu kisah hidup Shasha dan syarat satu malam yang ditetapkan oleh gadis itu. Soal perawan bukan menjadi keutamaan Rizhan sementelahan dirinya sendiri bukan lagi teruna.
 
Mampukah Rizhan meleburkan hati Shasha yang tidak mempercayai cinta dan lelaki. Naskhah penuh dosa dan noda dalam realiti kehidupan kini mengungkap perjalanan hidup Shasha dan Rizhan sepanjang 403 muka surat.
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!