Resensi Novel Nuria Sayang Karya Muna Mahira

Cikgu Muzz
By -
0
 

Judul: Nuria Sayang
Penulis: Muna Mahira
Penerbit: Permata Hiraz Sdn. Bhd.
Bilangan Halaman: 415 muka surat
Tahun: September 2020
 
Ulasan:
Nuria Tihani dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Mewah harta benda. Sayangnya, kasih sayang keluarga itu amat tipis. Bagi Nuria dilahirkan sebagai anak perempuan dalam keluarga itu tidak lan dan bukan hanya akan menjadi barang dagangan kepada mana-mana lelaki daripada keturunan kerabat atau hartawan demi memastikan empayar perniagaan yang dibina terus kukuh melewati satu generasi kepada generasi yang lain. Menyedari hakikat ini, Nuria tidak pernah cuba mendefinisikan cinta untuk dikunyah dan dinikmati dalam hidupnya.
 
Seperti yang disangka, persis dijangka; jodoh Nuria Tihani juga ditetapkan oleh keluarga. Aturan ini umpa keramat. Andai dilanggar maka akan dibuang keluarga. Bukan sahaja dibuang malah jejaknya akan dicari dan hidupnya akan disulitkan hingga ke lubang cacing. Tampak kejam. Namun, itulah hakikat kehidupan sebenar sebalik kemewahan yang nampak melimpah pada pandangan mata ramai.
 
Hayqal Awadi. Lelaki itu menjadi tunangan Nuria selama tiga tahun. Sepanjang tiga tahun itu status tunangan orang tidak membawa apa-apa makna dalam Nuria. Mereka tidak pernah bertemu, tidak berbalas mesej, jauh sekali bermesra mencipta kenangan indah seperti mana kebanyakan pasangan lain dalam fasa pertunangan. Pada firasat Nuria, Hayqal ialah lelaki buaya yang mendiuri gadis seperti menukar baju pada tubuh. Apatah lagi pakej lengkap yang dimiliki oleh Hayqal Awadi, kacak, sasa, tinggi, dan kaya.
 
Nuria cuba mendidik hati menerima takdir. Menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dicintai bukan mudah. Namun bukan sulit sebenarnya untuk sekeping hati milik Nuria tergolek jatih dalam genggaman seorang lelaki bernama Hayqal Awadi. Siapa sangka lelaki yang disangka buaya rupanya masih teruna, persis Nuria yang masih suci meskipun gaya hidupnya tampak agak liar.
 
Malangnya saat cinta tumbuh, Nuria menyaksikan sendiri suaminya dalam dakapan wanita lain. Apakah Hayqal Awadi bermain wayang di hadapannya? Siapakah lelaki itu sebenarnya? Memberi janji menyemai cinta, dan saat Nuria mula melebur dalam kasih sayang Hayqal Awadi, lelaki itu membelah kepercayaannya kembali kepada cinta dan lelaki! Nuria Sayang mengungkap ceritera ini dalam naskhah garapan Muna Mahira.
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!