Latihan Peribahasa 22 (Tatabahasa SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0
 

Baca dialog di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan dua peribahasa yang dapat dikaitkan dalam dialog ini.
 
DIANA: Awak buat apa sementara menunggu tawaran kerja?

FARAH: Saya menolong ibu membuat kuih untuk jualan di warung dan di kantin sekolah. Saya membuat kerja sementara sahaja untuk mendapatkan wang saku. Sekarang bukan senang mendapat kerja.

DIANA: Memang sukar hendak dapat kerja sekarang tetapi jika kita bersabar dalam melakukan sebarang pekerjaan, lama-lama akan mendapat hasil juga.

FARAH: Saya bersyukur kerana telah menamatkan pengajian. Sekurang-kurangnya saya ada ilmu untuk membantu saya meneruskan kehidupan pada hari depan.

DIANA: Saya tahu awak telah berusaha belajar bersungguh-sungguh, jika tidak masakan awak boleh berjaya menamatkan pengajian. Saya doakan awak akan mendapat kerja yang sesuai dengan cita-cita dan kelulusan awak.
 
[4 markah]

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!