Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti subjek dan predikat bagi setiap ayat yang bergaris serta dihitamkan.
Saban hari kita sering didedahkan dengan laporan media arus perdana tentang kemelut kenaikan harga barangan secara berterusan. Isu kenaikan harga barangan menjadi polemik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Kemelut ini boleh menjadi beban kepada anggota masyarakat khususnya kepada golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Akibatnya, situasi sedemikian menyebabkan golongan berpendapatan rendah terpaksa bejimat cermat atau ikat perut untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang gawat ini lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid-19.
(Dipetik dan diubah
suai daripada ‘Menangani Kemelut Kenaikan Harga Braang’ oleh Subas Samynathan, Dewan Siswa, Bil.9/2017)
[6 markah]