Latihan Sintaksis 2: Frasa (Tatabahasa SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0

 


Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian klasifikasikan frasa yang bergaris dan dihitamkan dalam petikan tersebut sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frase sendi nama.

Bahasa merupakan alat untuk mengungkapkan fikiran, perasaan, kemahuan, dan menyampaikan pelbagai maklumat dan berkongsi pengetahuan. Bahasa sering digunakan oleh seseorang untuk menunjukkan keupayaannya dalam mengungkapkan isi kandungan yang pelbagai. Semakin tinggi manfaat dan ilmu dalam kandungan yang dibawanya, dan semakin luas liputan masyarakat yang menggunakannya, semakin tinggilah kedudukan bahasa tersebut di mata masyarakat. Oleh itu, peningkatan martabat bahasa harus dimulakan dengan penggunaannya dalam semua aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan perancangan yang rapi dan menyeluruh, yang memerlukan penyertaan pelbagai pihak. Sokongan daripada pelbagai pihak amat penting demi memartabatkan bahasa.

                                 (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pemartaban Bahasa Berbantukan Teknologi’ oleh Norhafizah Mohamed Husin, Dewan Bahasa, Bil.6/2019)

[6 markah]

>>> Jawapan 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!