Resensi Novel Qidran: One Night Stand Karya Hana Efriena

Cikgu Muzz
By -
0
 


Judul: Qidran: One Night Stand
Penulis: Hana Efriena
Penerbit: HE Dynamic Enterprise
Tahun: November 2017
Bilangan Halaman: 356 muka surat
 
Sinopsis:
Novel Qidran: One Night Stand memaparkan kisah Ku Qidran Ku Qaiyum dan Yara Hasna. Kedua-dua Qidran dan Yara beasal daripada keluarga yang berharta. Konflik keluarga Yara melontarkan dirinya dalam suatu kesilapan. Kesilapan yang menjerat dirinya dalam permainan Qidran. Qidran seorang bad boy. Yara, gadis belasan tahun yang naif. Kesilapan satu malam merenggut ketenangan hidup 11 tahun. Mampukah Yara bangkit? Adakah Qidran akan berubah? Jawapannya dalam Qidran: One Night Stand.
 
Keterangan Penulis:
Qidran: One Night Stand merupakan karya ke-19 tulisan pemilik nama pena Hana Efriena dan naskhah ke-13 yang diterbitkan menerusi syarikat milik penulis ini sendiri.
 
Ulasan:
Novel Qidran: One Night Stand ini memaparkan watak yang agak. sedikit. Majoriti penceritaan kisah ini hanya wujud Yara, Qidran. Watak sampingan yang menonjol ialah Ku Ameena dan Umar. Watak-watak tambahan lain terlalu kecil peranannya dalam novel menyebabkan keseluruhan daripada permulaan, eksposisi, konflik, klimaks dan peleraian sekadar bertumpu antara Yara dan Qidran. Dari aspek pembaca ada sesetengah plot membuatkan rasa ingin tahu yang lebih, contohnya ayah Yara yang menghilangkan diri hampir 11 tahun hanya dimunculkan semula pada bahagian peleraian. Novel ini juga rare, apabila watak utama perempuan, iaitu Yara Hasna tidak dipotretkan mempunyai sahabat baik khususnya sahabat perempuan dari awal sehingga akhir kisah. Dari sudut penulisan, gaya peneritaan penulis agak lancar, cuma dari aspek penyuntingan terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca yang seharusnya boleh dielakkan. Disebabkan Qidran: One Night Stand merupakan nashkah projek khas dengan tema bad boy, maka penulis menghadirkan tiga epilog. Salah satu daripada epilog tersebut dirasakan seperti ‘dipaksa’ wujud semata-mata memuatkan watak-watak utama daripada dua buah novel projek bad boy tersebut. Secara keseluruhannya, naskhah ringan ini tetap menitipkan kepada pembaca supaya tidak berteman hidup dengan dendam, kerana dendam tidak akan membawa apa-apa, melainkan kehancuran kepada diri sendiri.
 
Kesimpulan:
★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!