Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 10: Ayat Tunggal (Tatabahasa SPM KSSM)

 


Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan enam ayat tunggal daripada petikan tersebut. Anda tidak perlu menyalin semula keseluruhan petikan tersebut.
 
Kendatipun sudah bertahun-tahun lamanya Maizurah menetap di luar negara, dia bukan sahaja tidak pernah terpengaruh oleh budaya Barat yang bertentangan dengan kesantunan masyarakat ketimuran justeru dia senantiasa menyatakan bahawa budi pekerti amat penting baik di kampung mahupun di bandar. Maizurah menjelaskan bahawa untuk dia menerima hakikat tinggal seorang diri tanpa ahli keluarga di sisinya itu tidak mudah kerana pelbagai cabaran dan dugaan perlu dihadapi ketika berada di luar negara.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas, Bahagian Pembangunan Kurikulum)
 
[6 Markah]

 

>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments