MAKSUD SAJAK AKU
Tidak ada
manusia lain
di pantai ini kecuali diriku |
Penyajak
menyatakan bahawa hanya dirinya yang berada di pantai tersebut. |
Kususur pasir
panjang sambil kubayangkan aku ini Adam |
Penyajak menyusuri pantai yang panjang dan berpasir sambil membayangkan dirinya sebagai Adam. |
Hari inilah aku
tercipta dan pertama kali melihat laut, langit dan pohon |
Penyajak membayangkan dia menjadi orang pada hari tersebut dan melihatl laut, langit, dan pohon. |
Kelmarin aku
belum ada
tidak terdengar olehku bunyi ombak itu |
Penyajak
menyatakan bahawa kelmarin dia masih belum wujud dan tidak dapat mendengar
deruan ombak. |
Tidak terasa
olehku
sentuhan angin ini bertiup di mana-mana |
Penyajak
tidak dapat rasa tiupan angin yang bertiup di serata alam. |
Bahkan aku tidak
tahu
kulit kerang itu pernah wujud di sini |
Penyajak
tidak mengetahui kewujudan hidupan lain di pantai tersebut. |
Tuhan aku percaya Kau Pencipta kernana aku baru ada. |
Penyajak
menzahirkan keyakinannya bahawa Tuhan Maha Pencipta. |
Kecintaan kepada Pencipta.
- Bersyukur kerana dapat menikmati keindahan dunia.
- Wujudnya hidupan lain di alam ini.
- Yakin bahawa Tuhan Maha Pencipta.
- Berbentuk bebas.
- Terdiri daripada tujuh rangkap.
- Setiap rangkap mempunyai tiga baris.
- Bilangan katanya satu hingga empat patah kata sebaris.
- Terdiri daripada dua hingga sepuluh suku kata sebaris.
- Rima akhir bagi rangkap pertama, kedua, ketiga, dan kelima: abc; rangkap keempat dan ketujuh: abb; rangkap keenam:aab.
- Personifikasi. Contohnya, sentuhan angin ini.
- Asonansi. Contohnya, Tidak ada manusia lain (perulangan vokal
a).
- Aliterasi. Contohnya, laut, langit, dan pohon (perulangan konsonan l).
- Kesyukuran.
- Kesedaran.
- Keimanan.
- Kita hendaklah bersyukur kerana dapat hidup di dunia yang indah ini.
- Kita harus sedar terdapat hidupan lain yang wujud di alam ini.
- Kita harus beriman bahawa Tuhan Maha Pencipta.