Peribahasa & Mutiara Kata Tema Kesihatan Dan Sukan

Cikgu Muzz
oleh -
4
 


Peribahasa dan mutiara kata biasa digunakan dalam penulisan karangan bagi menghadirkan jalinan bahasa yang indah di samping menunjukkan penguasaan murid dalam aspek tatabahasa. Terdapat beberapa peribahasa dan mutiara kata yang boleh digunakan semasa menulis karangan yang bertemakan sukan dan kesihatan. Pemilihan peribahasa dan mutiara kata perlu disesuaikan dengan ayat. Bukanlah bermaksud peribahasa dan mutiara kata  yang semata-mata mempunyai maksud tentang sukan sahaja boleh digunakan, sebaliknya peribahasa dan mutiara kata yang berkaitan dengan kontkes ayat dan situasi ayat yang dikarang juga boleh digunakan bagi menunjukkan nilai estetik dalam penulisan.
 
Berikut dikongsikan beberapa peribahasa dan mutiara kata yang sesuai digunakan untuk karangan yang bertemakan sukan dan kesihatan.
 
PERIBAHASA
    1. Badan sihat, otak cerdas.
    2. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
    3. Sediakan payung sebelum hujan.
    4. Mencegah lebih baik daripada merawat.
    5. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
    6. Alah bisa tegal biasa.
    7. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
MUTIARA KATA
    1. Lalai sesaat ada kalanya mencurahkan air mata untuk setahun.
    2. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan – Socrates, Ahli falsafah Yunani
    3. Jagalah masa sihat kamu, sebelum datang masa sakit kamu – Petikan Hadis.
    4. Jangan bertanyakan sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanyalah apakah sumbangan kamu kepada negara – Mendiang John F. Kennedy, mantan presiden Amerika Syarikat.
    5. Jika anda ingin bunga ros esok, mulalah menanamnya hari ini – Pepatah Cina.
    6. Galilah telaga sebelum kehausan.
    7. Kegagalan yang utama ialah kegagalan mengambil tindakan pertama.

Contoh Penggunaan Peribahasa & Mutiara Kata Dalam Ayat

                    Dalam menjalani kehidupan seharian setiap individu seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Senaman membantu seseorang individu merealisasikan kehidupan yang seimbang kerana senaman menepati definisi peribahasa badan sihat, otak cerdas. Sehubungan itu, sebagai warganegara yang mementingkan kesihatan, masyarakat hendaklah memperuntukkan masa untuk melakukan senaman. Pada awalnya, mungkin terasa payah, namun senaman yang dilakukan secara konsisten akan menjadi suatu hobi persis kata peribahasa ala bisa tegal biasa. Menjaga kesihatan ini merupakan tanggungjawab setiap individu. Sepotong hadis dalam ajaran Islam menyatakan ‘jagalah masa sihat kamu, sebelum datang masa sakit kamu’. Oleh itu, masyarakat hendaklah menjaga kesihatan masing-masing kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Justeru, senaman merupakan satu pendekatan umpama menyediakan payung sebelum hujan dalam menjalani kehidupan yang sihat sekali gus mengelakkan penyakit. Menerusi aktiviti senaman, seseorang dapat membakar kalori dan mengeluarkan peluh menerusi perkumuhan. Natijahnya, toksin akan disingkirkan daripada tubuh badan menerusi peluh dan dalam masa yang berat badan dapat dikurangkan menerusi pembakaran kalori yang terjadi akibat berlakunya aktiviti fizikal tubuh badan. Izharlah, senaman merupakan salah satu aktiviti terbaik dalam menjalani kehidupan sihat demi memperoleh kesihatan ang baik sekali gus menikmati gaya hidup yang lebih sejahtera.


Tags:

Catat Ulasan

4Ulasan

Catat Ulasan