Judul: Kasyaf Ain
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: RAM Typewriter
Ventures
Tahun: 2018
Bilangan Halaman: 394 muka
surat
Sinopsis:
Kasyaf Ain
merupakan sebuah kisah psycho-thriller menceritakan
kisah pembunuhan kejam bersiri yang berlaku tiap-tiap kali bulan mengambang. Keadaan
mayat mangsa yang kering tanpa darah dikaitkan dengan upacara ritual. Dua orang
anggota polis, iaitu Rosman dan Anita ditugaskan untuk meneyelesaikan kes
tersebut. Kematian Hanum Saskia membawa Rosman kepada plot pembunuhan bersiri
yang aneh di ibu kota. Anehnya, Rosman diundang sendiri oleh pembunuh Hanum
Saskia, iaitu Syamel. Apakah benar Hanum Saskia benar-benar mati?
Keterangan Penulis:
Ramlee Awang
Murshid satu nama besar dalam dunia penulisan novel tanah air. Beliau digelar
master-thriller writer dalam kalangan peminat novel tempatan. Kasyaf Ain
merupakan naskhah sulung Ramlee Awang Murshid yang diterbitkan sendiri menerusi
syarikat penerbitannya, iaitu RAM Typewiter Ventures. Novel Kasyaf Ain ini
sudahpun diulang cetak sebanyak tiga kali hingga kini.
Ulasan:
Seperti
diketahui gaya penceritaan imbas kembali cukup sinonim dengan sebaris nama
Ramlee Awang Murshid. Dalam naskhah Kasyaf Ain, misteri pembunuhan kejam di
Kuala Lumpur dan pembunuhan kejam jembalang bernama Suaka pada era 1800-an
menjadi inti pati utama penceritaan. Penulis menyelang-nyelikan plot cerita
antara dua era ini sehinggalah pada akhirnya kisah yang berlaku dahulu
bersangkut hingga ke dunia moden ini. Cindai, anak gadis jelita dalam kalangan
Jembalang pada zaman dahulu dan Hanum Saskia si pontianak penghisap darah pada
zaman sekarang, setia memusuhi keturunan lelaki dari susur galur Adi. Siapakah
Adi? Apakah kaitan antara Rosman dan Syamel? Adakah Cindai masih bernyawa
hinggi kini? Dan ada apa dengan Anita? Singkaplah naskhah Kasyaf Ain untu
menguraikan setiap tanda tanya.
Kesimpulan:
★★★