Tema Novel Hempasan
Ombak
Kegigihan remaja dalam usaha untuk memajukan syarikat.
Persoalan Novel Hempasan
Ombak
- Kegigihan dalam memajukan dunia perniagaan.
- Kesederhanaan dalam kehidupan.
- Kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan warisan keluarga.
- Ketaatan dan kepatuhan seorang anak terhadap ibu dan ajaran agama.
Watak dan
Perwatakan Novel Hempasan Ombak
Farid
- Berusia 19 tahun dan bertubuh sederhana.
- Bertanggungjawab menerajui Syarikat Batik Nusantara.
- Bersikap sederhana.
- Penyayang terhadap ahli keluarga dan rakan baik.
- Bersikap rasional dalam mengambil tindakan.
- Mengamalkan semangat bermasyarakat.
Mokhsein
- Bertubuh gelap, berwajah bulat dan tampan.
- Pemilik Syarikat Nadi Zaman.
- Mengenang budi.
- Baik hati dan berhemah tinggi.
- Bijak dalam menyusun strategi pemasaran perniagaan.
Hajah Zaoyah
- Berusia 56 tahun dan balu kepada Allahyarham Haji Badrul, pemilik Syarikat Batik Nusantara.
- Dia mempunyai enam orang anak.
- Seorang ibu yang penyayang.
- Seorang yang gigih dalam mengharungi cabaran dan masalah dalam perniagaan.
- Seorang yang berani menanggung risiko dalam menguruskan perniagaan.
Zuraida
- Zuraida berusia 19 tahun dan merupakan rakan sekelas Farid dari tingkatan satu hingga tingkatan lima di SekolahMenengah Seri Budiman.
- Dia berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu dengan dibantu oleh adik-adiknya.
- Seorang yang gigih dalam perniagaan.
Latar Novel Hempasan
Ombak
Latar Tempat
- Kampung Losong, Kuala Terengganu.
- Pejabat Pemborong Binaan Nadi Zaman.
- Pejabat Syarikat Batik Nusantara.
- Bangunan bengkel batik moden baharu
Latar Masa
- Waktu subuh.
- Waktu pagi.
- Waktu petang.
- Waktu malam.
- Pada hujung tahun 60-an.
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang menjalankan perniagaan.
- Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga.
- Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menguruskan syarikat.
- Masyarakat yang baik hati dan berhati mulia.
- Masyarakat yang mengenang budi.
Gaya Bahasa Novel Hempasan
Ombak
- Bahasa Arab. Contohnya, Assalamualaikum; Astaghfirullah.
- Bahasa Inggeris. Contohnya, window shopping; classmate.
- Hiperbola. Contohnya, Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai.
- Personifikasi. Contohnya, Rasa serba salah mula mencekik dirinya.
- Sinkope. Contohnya, “Tak kisahlah tu,” tangkis Farid, tersenyum.
Nilai Novel Hempasan
Ombak
- Baik hati.
- Hormat-menghormati.
- Kasih sayang.
- Keberanian.
- Ketaatan.
- Ketabahan.
Pengajaran Novel Hempasan
Ombak
- Kita perlulah bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan
- Kita hendaklah mencurahkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.
- Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang memerlukan.
- Kita mestilah mengamalkan semangat bermasyarakat.
- Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan pelanggan yang berbagai-bagai ragam.