[Nota Komsas] Analisis Novel Justeru Impian Dijaring

Cikgu Muzz
By -
0
 

Tema Novel Justeru Impian Dijaring
Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia.
 
Persoalan Novel Justeru Impian Dijaring
  1. Ketaatan terhadap pesanan yang telah diamanahkan.
  2. Keberanian untuk menyatakan pendapat.
  3. Kasih sayang seorang anak terhadap ibu.
  4. Kesabaran dalam mengharungi cabaran ketika menjalankan tugas.
Watak dan Perwatakan Novel Justeru Impian Dijaring
Syahir
  1. Pemain badminton skuad kebangsaan.
  2. Anak bongsu daripada lima orang adik beradik.
  3. Mahasiswa di Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang.
  4. Seorang yang tetap pendirian.
  5. Penyayang.
  6. Penyabar.
  7. Taat akan pesanan.
Kak Uda Syahrizah/Kak Uda
  1. Kakak kepada Syahir.
  2. Dia merupakan pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
  3. Seorang yang penyayang.
  4. Seorang yang memahami.
  5. Seorang yang suka mengusik.
Haji Marzuki
  1. Jurulatih perseorangan badminton skuad kebangsaan.
  2. Berpandangan positif.
  3. Pandai menyelami perasaan orang lain.
  4. Berani mengambil keputusan.
  5. Bertanggungjawab.
Syed Amiri
  1. Pemain badminton skuad kebangsaan.
  2. Seorang yang suka menyindir.
  3. Seorang yang memandang rendah kebolehan orang lain.
Latar Novel Justeru Impian Dijaring
Latar Tempat
  1. Bandar Baru Bangi.
  2. Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang.
  3. Gelanggang latihan badminton.
  4. Restoran 48 jam.
  5. Taman Shamelin Perkasa.
  6. Dewan Badminton Tanjung Puteri Utama.
Latar Masa
  1. Waktu pagi.
  2. Waktu malam.
  3. 8.30 pagi.
  4. Selepas solat maghrib.
  5. Selepas waktu asar.
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan.
  2. Masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan.
  3. Masyarakat yang berani mengemukakan pendapat.
  4. Masyarakat yang gigih berusaha.
  5. Masyarakat yang bersikap pilih kasih.
  6. Masyarakat yang sabar menghadapi dugaan.
Gaya Bahasa Novel Justeru Impian Dijaring
  1. Metafora. Contohnya, Tidak semena-mena wajah arwah abah pula yang hadir di layar minda.
  2. Peribahasa. Contohnya, datang tidak bersambut, pulang biarlah berhantar; berpeluk tubuh; makan hati; kepala batu.
  3. Simile. Contohnya, “Kadang-kadang terasa macam bola, disepak dilambung ke sana ke mari.”
  4. Sinkope. Contohnya, “Saya tak sedap hati nak pergi, kak.”
  5. Personifikasi. Contohnya, Ada keresahan mengintai dalam nubari.
  6. Hiperbola. Contohnya, Peluang kini terbuka luas untuk saya mematikan bulu tangkis dengan smash tajam membunuhke lantai kejat gelanggangnya.
Nilai Novel Justeru Impian Dijaring
  1. Kegigihan.
  2. Bertanggungjawab
  3. Keberanian.
  4. Kasih sayang.
  5. Keyakinan.
  6. Ketegasan.
Pengajaran Novel Justeru Impian Dijaring
  1. Kita hendaklah mengingati pesanan yang baik yang disampaikan oleh seseorang.
  2. Kita haruslah berani untuk menyatakan pendapat.
  3. Kita mestilah berpendirian teguh dalam melakukan sesuatu.
  4. Kita hendaklah berfikiran positif terhadap sesuatu perkara.
  5. Kita tidak seharusnya bersikap pilih kasih dalam kehidupan.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!