101 Penjodoh Bilangan, Kegunaan Dan Contoh Untuk Rujukan Calon UPSR, PT3 & SPM

Cikgu Muzz
oleh -
4


Penjodoh bilangan merupakan salah satu daripada ilmu tatabahasa. Soalan-soalan berteraskan penjodoh bilangan sering diuji dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Penguasaan penjodoh bilangan dengan tepat bukan sahaja suatu kehendak dalam menjawab soalan peperiksaan tetapi sebenarnya lebih kepada keperluan pengetahuan menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Pada kesempatan ini, sebanyak 101 penjodoh bilangan berserta keterangan penggunaan penjodoh bilangan tersebut bersama-sama dengan contoh dikongsikan untuk rujukan pelajar khususnya dan pelayar laman sesawang amnya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.

BIL.
PENJODOH
BILANGAN
KEGUNAAN
CONTOH
1
anggota
untuk manusia yang berpakaian seragam
polis, tentera, pengawal keselamatan
2
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
3
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
4
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggi
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
5
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk atau melengkung
mata kail, subang, cincin
6
berkas
untuk benda-benda yang dlikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
7
bidang
untuk benda-benda atau tempat yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
8
biji
untuk buah-buahan, benda-benda yang bulat, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
9
bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
10
blok
untuk bangunan yang besar dan bertingkat-tingkat
pejabat, pangsapuri, bangunan
11
bongkah
untuk benda-benda yang berbongkah
ais, kayu
12
botol
untuk benda-benda yang dlisi ke dalam botol
susu, kicap, air minuman
13
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
bandar, negeri, kampung, pulau, banglo, rumah, jambatan, sekolah, beg, komputer, papan kekunci, radio, mesin basuh, kereta, motosikal, basikal, songkok, perigi, kotak, kamus, dompet, …..
14
buku
untuk benda-benda yang keadaannya berketul
sabun, roti, benang
15
bungkus
untuk benda-benda yang diletakkan dalam bungkusan
sebungkus nasi
16
butir
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
17
carik
untuk kain atau kertas yang dicarik
kain, kertas
18
cawan
untuk air yang diletakkan di dalam cawan
air, teh, kopi ....
19
cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan atau serpihan
kain, kertas, kaca
20
cekak
untuk benda bersaiz secekak jari
secekak sirih, padi
21
colek
untuk benda-benda yang dicolek
sambal, sos
22
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
23
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
24
das
untuk bunyi letupan atau tembakan.
tembakan
25
deret
untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
26
ekor
untuk semua jenis binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
27
gelas
untuk air yang diisi di dalam gelas
air, susu
28
gelung
benda yang berlingkar
ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
29
gemal
untuk benda bersaiz secekak jari
secekak sirih, padi
30
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
31
gerombolan
untuk kumpulan penjahat
penjahat, samseng, pengganas, perusuh
32
gugus
untuk buah-buah ataupun benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
33
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
34
gumpal
untuk benda yang berkepul atau berketul
tanah, darah, asap
35
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
kain, baju, seluar, sapu tangan, singlet, selendang, selimut, tuala, sarung, kertas, kertas tisu, daun, bendera, bulu burung
36
hidang
untuk kumpulan makanan dan minuman yang disajikan
kuih-muih, lauk-pauk
37
hiris/ iris
untuk benda-benda yang dipotong nipis
bawang, timun, daging, buah-buahan
38
ikat
untuk benda-benda yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
39
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
40
jambangan
untuk bunga di dalam pasu atau belanga.
bunga
41
jemput
untuk benda-benda yang diambil dengan hujung jari
nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering
42
kajang
untuk benda-benda yang lebar
atap, kertas
43
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan, bunga
44
kalung
untuk benda yang disusun kalung (rantai)
bunga, mutiara
45
kandang
untuk haiwan di dalam kandang
kerbau, kambing, lembu, kuda
46
kapur
untuk sirih yang dibubuh kapur.
sirih
47
kaum
untuk kelompok manusia
bangsawan, belia, remaja
48
kawan
untuk kumpulan haiwan
lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
49
kelompok
untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
50
kepal
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
51
keping
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, biskut, kuih, kad, gambar, setem, lencana, foto, papan, disket, cakera padat, atap, tanah …….
52
kepul
gumpalan asap atau awan yang tebal.
asap, awan
53
kerat
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
tebu, kayu, buluh, rotan
54
ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
batu, ais, tanah liat, ikan, daging, tulang, kuih, arang, roti, sabun ….
55
ketumbukan
untuk menggambarkan kumpulan manusia yang baik mahupun jahat
pengganas, tentera
56
kotak
untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
mancis, rokok, pensel warna
57
kumpulan
untuk manusia atau haiwan yang berada dalam kumpulan
pelajar, pemuda, pengakap, pekerja, perompak, burung, itik, gajah, harimau ……
58
kuntum
untuk semua jenis bunga
mawar, melati, anggerik
59
labuh
untuk benda yang dapat digantung
kelambu, tirai, tabir
60
laras
untuk senjata api
pistol, senapang, meriam
61
lembar
untuk benda-benda yang lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
62
lingkar
untuk benda yang berlingkar atau bergulung
ubat nyamuk
63
longgok
untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
sampah, durian, pakaian, tanah, cili
64
mangkuk
untuk makanan yang diisi ke dalam mangkuk
sup, bubur, pengat
65
mayang
untuk buah-buah yang bertangkai
kelapa, pinang, pisang
66
naskhah
untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
67
orang
untuk manusia
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
68
pangsa
untuk bahagian dalam buah durian.
durian
69
papan
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
70
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan
merpati, kasut, sepatu, sarung kaki, selipar, cermin mata, anting-anting, kekasih, suami isteri ……
71
pasukan
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
pemain bola sepak, polis, tentera pengakap
72
patah
untuk perkataan
perkataan, kata
73
petak
untuk sawah, bendang, tanah
sawah, bendang, tanah
74
perdu
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
serai, tebu, buluh, padi, lalang, rumput, daun pandan
75
persalin
untuk pakaian lengkap
sepersalinan baju Melayu
76
pintu
untuk bangunan yang mempunyai beberapa pintu
rumah, kedai
77
potong
untuk benda-benda yang sudah dipotong
kek, kuih, roti, nanas, tembikai, betik, oren, daging
78
pucuk
i.        untuk surat atau benda-benda yang tajam hujungnya
ii.      untuk senjata api
surat, jarum, rebung, pistol, meriam, senapang
79
puntung
untuk sebahagian benda yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
80
rangkai
untuk ayat yang berangkai-rangkai
doa, lagu, madah
81
rangkap
untuk perenggan puisi
pantun, sajak, syair
82
rawan
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
83
ricih
untuk benda yang sudah dipotong kecil-kecil
bawang, daging, halia
84
ruas
untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh, jari, rotan
85
rumpun
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
serai, tebu, buluh, padi, lalang, rumput, daun pandan
86
sikat
untuk buah pisang
pisang
87
sisir
untuk buah pisang
pisang
88
suap
untuk makanan yang dijemput dan dimasukkan ke mulut
roti, nasi
89
susun
untuk benda yang bersusun
buku, kertas, atap
90
tandan
untuk buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
91
tangkai
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
92
teguk
untuk air yang sedang diminum
air, teh, kopi
93
timbun
untuk himpunan benda yang bertindih-tindih
pasir, tanah, batu, manggis, sampah
94
tingkat
untuk bangunan yang bertingkat
kedai, bangunan, rumah
95
titik
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun, air mata
96
titis
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun, air mata
97
tongkol
untuk buah yang bertongkol
jagung
98
ulas
untuk isi buah-buahan yang berulas-ulas
limau, durian, cempedak, nangka, langsat, manggis, bawang putih
99
untai
untuk benda yang berangkai-rangkai
rantai manik, kalung mutiara, tasbih, pantun, sajak, syair
100
urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
rotan, benang, dawai, tali, gelang
101
utas
untuk benda-benda yang panjang dan berurai
benang, tali, dawai, rantai

Tags:

Catat Ulasan

4Ulasan

  1. Sangat membantu saya.. Terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  2. Alieya izzati. Apa beza cekak dengan gemal ? kegunaan dia macam sama ja

    BalasPadam
Catat Ulasan