50 Soalan Penjodoh Bilangan UPSR, PT3 & SPM

Cikgu Muzz
oleh -
1


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian isikan penjodoh bilangan yang paling sesuai pada ruang kosong yang disediakan.
    1. Anuar Zain menebang pokok itu dengan menggunakan se____________ kapak yang tajam.
    2. Emma Maembong memberikan beberapa __________ gula-gula kepada adiknya.
    3. Saharul Ridzwan sedang memanggang lima belas ___________ sate untuk pelanggannya.
    4. Alif Shukri pulang dari ladang dengan menjunjung se____________ kayu api.
    5. Sheila Rusly memasukkan se_________ garam ke dalam masakannya.
    6. Zul Ariffin menjerit kerana terduduk di atas se___________ jarum.
    7. Rosyam Nor mempunyai se__________ tanah yang luasnya tiga sepuluh hektar.
    8. Shaheizy Sam membeli se_________ sabun di kedai Mimi Lana.
    9. Ziana Zain membeli tiga _________ sayur di pasar tani.
    10. Erma Fatima menyuruh Umie Aida mencabut beberapa _________ uban di kepalanya.
    11. Fattah Amin meminta se____________ tali untuk mengikat kayu.
    12. Aqasha membeli se__________ dawai mata punai untuk membuat reban ayam serama.
    13. Khai Bahar memetik empat ________ langsat yang telah masak di belakang rumah neneknya.
    14. Aina Abdul membeli se__________ bunga ros untuk ibunya sempena Hari Ibu.
    15. Ben Amir melemparkan se___________ padi ke arah ayam-ayam peliharaannya.
    16. Kamal Adli minum se__________ susu sebelum tidur.
    17. Norman Hakim berjaya menembak se________ harimau yang ganas.
    18. Ruang tamu di rumah Anzalna Nasir dihiasi dengan beberapa _________ bunga orkid.
    19. Scha Alyahya menghadiahi Awal Ashaari se____________ kasut berjenama Adidas sempena hari jadi suaminya.
    20. Semasa beradd di puncak Gunung Kinabalu, Sufian Suhaimi telah memakai empat ________ baju supaya tidak kesejukan.
    21. Memey Suhaiza menghidangkan tiga ____________ sup di atas meja makan.
    22. Faizal Tahir mengambil beberapa ____________ gambar semasa percutiannya ke Pulau Langkawi.
    23. Ning Baizura membeli empat _________ petai dengan harga dua ringgit.
    24. Redza Rosli membantu se__________ nenek melintas jalan.
    25. Sekumpulan budak nakal melemparkan beberapa _________ tanah liat ke dinding rumah Ayda Jebat.
    26. Hans Isaac membeli enam ___________ roti canai untuk sarapan.
    27. Janna Nick mengambil se__________ kuih lapis lalu memakannya.
    28. Nafiz Muaz membeli beberapa ____________ jagung di pasar tani itu.
    29. Siti Nurhaliza mengikat bungkusan itu dengan se__________ tali.
    30. Misha Omar muntah-muntah setelah makan beberapa __________ cempedak goreng yang dibeli dari warung Ajai.
    31. Faizal Hussien mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Georgetown.
    32. Rozita Che Wan terjumpa __________ rambut di dalam nasi lemak itu.
    33. Aeril Zafrel hanya sempat minum _________ teh kerana sudah terlewat ke lokasi penggambaran.
    34. Remy Ishak tidak suka makan durian walaupun se__________.
    35. Dayang Nurfaizah sedang menulis se__________ surat kepada rakannya di Pulau Pinang.
    36. Hazama mengambil se___________ cangkul untuk membuat beberapa batas sayur.
    37. Siti Nordiana sedang melafazkan dua ___________ pantun yang ditulis oleh sasterawan negara.
    38. Fikry Ibrahim menyuruh adiknya membeli dua ___________ filem.
    39. Mira Filzah menggoreng dua _________ pisang untuk hidangan pada waktu petang.
    40. Beberapa _____________ lalang telah tumbuh di halaman rumah Awie.
    41. Ayu Raudhah membuat sulaman bunga-bunga pada se_________ sapu tangan.
    42. Ramli MS memasukkan se__________ pakaian yang kotor itu ke dalam mesin basuh.
    43. Jihan Musa membelek-belek se_________ rantai emas dengan penuh minat.
    44. Nabil Ahmad duduk di pangkin itu dengan beralaskan se_________ tikar mengkuang.
    45. Elly Mazlein memasukkan dua _________ ais ke dalam air tembikai.
    46. Shukri Yahaya terselamat kerana jatuh ke atas se___________ pasir.
    47. Sharaaz Ahmad membawa se___________ kambing ke padang.
    48. Fara Fauzana yang sakit itu terdaya makan se_________ nasi sahaja.
    49. Aiman Tino membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat se__________.
    50. Wawa Zainal mengambil se__________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
Tags:

Catat Ulasan

1Ulasan

Catat Ulasan