Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Nota Komsas] Analisis Sajak Kunci Bahasa; Antologi Kuingin Berterima Kasih

 

MAKSUD SAJAK KUNCI BAHASA
Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah

Bahasa yang bermaruah tidak akan diucapkan oleh lidah dengan bahasa yang tidak sopan.

 

Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah

Bahasa berbuah itu ialah ucapan yang baik boleh digunakan berkali-kali.

Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah

Bahasa bersejarah ialah bahasa dalam perbincangan dan perbahasan secara berkesan.

 

Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah


Bahasa berwasilah ialah bahasa yang digunakan bagi mengeratkan perhubungan dan persahabatan.

Bahasa berbudi sudah
tidak lokek pada ummah


Bahasa berbudi merupakan bahasa yang sudah menjadi lumrah digunakan oleh masyarakat untuk urusan harian.

Bahasa begitu indah
tidak habis berbahasa bermadah

Bahasa begitu indah dan tidak habis walaupun digunakan pada setiap hari.

 
TEMA SAJAK KUNCI BAHASA
Bahasa dan kepentingannya dalam kehidupan manusia.
 
PERSOALAN SAJAK KUNCI BAHASA
      1. Bahasa hendaklah digunakan dengan betul.
      2. Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa juga mencetuskan perbahasan.
      3. Bahasa boleh digunakan untuk memperkukuh silaturahim.
      4. Bahasa yang berbudi sudah menjadi amalan dan budaya dalam masyarakat.
      5. Bahasa begitu indah kerana manusia tidak boleh dipisahkan daripada bahasa.
BENTUK SAJAK KUNCI BAHASA
      1. Berbentuk terikat.
      2. Terdiri daripada enam rangkap.
      3. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
      4. Bilangan katanya dua hingga empat patah kata sebaris.
      5. Terdiri daripada enam hingga sebelas suku kata sebaris.
      6. Rima akhir setiap rangkap ialah aa.
GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI SAJAK KUNCI BAHASA
      1. Bahasa Arab. Contoh: berwasilah; ukhuwah; ummah.
      2. Repetisi. Contoh: Bahasa.
      3. Asonansi. Contohnya, Bahasa bermaruah (perulangan vokal a).
      4. Aliterasi. Contohnya, Bahasa berbuah (perulangan konsonan b).
NILAI SAJAK KUNCI BAHASA
      1. Kebijaksanaan.
      2. Perpaduan.
      3. Berbudi bahasa.
PENGAJARAN SAJAK KUNCI BAHASA
      1. Kita harus bijak menggunakan bahasa.
      2. Kita harus memperkukuh perpaduan menerusi wahana bahasa.
      3. Masyarakat hendaklah menggunakan bahasa yang sopan.
      4. Pengguna bahasa harus menghargai bahasa.

Post a Comment

0 Comments