Dalam meniti arus kemodenan ini,
pembelajaran digital seperti pembelajaran dalam talian merupakan salah satu
alternatif untuk menyediakan sumber pembelajaran yang mudah dan dapat diakses
oleh semua orang. Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek yang merupakan Menteri
Pendidikan Malaysia yang ke-22 pernah berkata ketika ditemu ramah oleh seorang
wartawan Berita Harian, pembelajaran digital wajar diketengahkan demi mendukung
hasrat mulia negara iaitu dalam mengorak langkah ke arah Transformasi Negara 2050
(TN50) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2017 lalu.
Persoalannya, apakah cabaran - cabaran dalam melaksanakan pembelajaran digital?
Antara cabaran utama dalam melaksanakan pembelajaran digital adalah murid-murid atau guru-guru yang tinggal di kawasan pendalaman sukar untuk mendapatkan capaian Internet yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan golongan seperti ini tidak dapat menyertai sesi pembelajaran bersama-sama dengan murid yang lain. Bukan itu sahaja, pelajar yang sukar untuk mendapatkan capaian Internet ini juga akan ketinggalan dalam pembelajaran. Kesannya, pada masa akan datang Malaysia akan gagal untuk melahirkan lebih ramai daripada golongan cendekiawan yang merupakan anak watan daripada negara tanah air kita sendiri. Intihanya, jelaslah bahawa kekurangan capaian Internet merupakah antara salaḥ satu cabaran yang signifikan untuk ditangani khususnya oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan secepat mungkin.
Marilah kita teruskan skop perbincangan dengan cabaran yang kedua iaitu kurangnya pantauan oleh ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana selalunya pembelajaran digital hanya dilakukan dil uar kawasan sekolah terutamanya ketika cuti sekolah ataupun ketika dunia dilanda wabak penyakit seperti pada Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021. Dan demi mencari rezeki ibu bapa hanya sibuk bekerja dan kadang kala tidak memantau aktiviti anak-anak mereka · Hal ini akan menyebabkan anak-anak lebih memilih untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah berbanding menyertai sesi pembelajaran. Kesannya, golongan seperti golongan alfa tidak akan dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading dan akhirnya kadar kemiskinan dan pengangguran dalam kalangan warga tempatan akan meningkat. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh pantauan ibu bapa adalah penting dalam melaksanakan pembelajaran digital secara efektif.
Di samping itu, antara cabaran lain yang turut menjadi penghalang dalam perlaksanaan ini adalah murid-murid mudah diganggu dengan aplikasi media sosial seperti TikTok serta permainan video seperti Mobile Legends Bang Bang (MLBB). Hal ini dikatakan demikian kerana, secara lazimnya pembelajaran digital bertumpu pada penggunaan telefon pintar dan komputer riba yang membolehkan pelajar mengakses aplikasi lain secara mudah ketika sesi pembelajaran dijalankan. Kesannya, konsentrasi pelajar akan terganggu dan menyebabkan mereka hilang fokus ketika kelas. Secara tidak langsung akan menjejaskan keputusan peperiksaan mereka terutamanya dalam peperiksaan yang amat signifikan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh cabaran-cabaran ini wajar ditangani dengan segera kerana pepatah Melayu pernah mengatakan bahawa ilmu itu pelita hidup. Kesimpulannya, masalah ini wajar diberi perhatian supaya Malaysia dapat melahirkan masyarakat Madani yang berilmu tinggi dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain yang banyak melahirkan golongan berintelektual dan berkompetensi seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

