Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda berentak. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Pemuda-pemuda dari Kuala Lumpur yang sedang mandi-manda di air terjun yang terletak di kawasan Gunung Ledang lari lintang-pukang apabila mendengar bunyi ngauman itu. Mereka bukannya tidak mengetahui haiwan yang menghuni belantara di kawasan gunung-ganang itu. Meskipun tubuh mereka bertiga sasa-sasa, namun masing-masing kecut perut mendengar bunyi tanpa diundang itu. Zul Ariffin dan Norman Hakim antara yang terawal mengheret tubuh mereka meninggalkan tempat itu dengan pantasnya. Cuma Saharul Ridzwan yang masih tercari-cari jam tangannya. Suasana pada mulanya yang begitu ceria bertukar menjadi huru-hara dalam sekelip mata.
(Dipetik dan diubah suai daripada Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas, Bahagian Pembangunan Kurikulum)
[8 Markah]
Woww!!
ReplyDeleteDone!!!😂
ReplyDeleteDone
ReplyDelete👍🏻
ReplyDelete