BAHAN
1: PETIKAN TEKS
Baca petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Gaya
hidup sihat bermaksud seseorang individu yang mempunyai badan yang sihat dan
selalu menjalani aktiviti yang berfaedah. Pada masa sekarang, sewajarnya masyarakat
mengetahui kepentingan amalan gaya hidup sihat. Sebenarnya, mengamalkan gaya hidup yang sihat akan membawa
banyak manfaat. Salah satu kaedah untuk kekal sihat ialah melakukan
aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hal ini demikian kerana,
melalui aktiviti sukan kita dapat mengeluarkan peluh, iaitu dengan mengeluarkan
toksin yang terhasil dalam badan kita selain memastikan jantung kita berfungsi
dengan baik.
Kehidupan yang sihat juga diperoleh apabila kita
dapat mengurus tekanan dengan cara yang baik. Hasilnya, seseorang individu
akan seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani. Selain itu,
pengambilan makanan yang seimbang juga penting dalam kehidupan seharian
seseorang. Pengambilan makanan yang seimbang mestilah berpandukan
jadual piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seterusnya mengadakan aktiviti rekreasi bersama-sama
keluarga. Pada ketika itu, ibu bapa akan memimpin anak-anak melakukan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping anak-anak mendapat pengajaran dan
pendidikan secara langsung daripada kedua-dua ibu bapa mereka.
Rehat yang mencukupi juga dapat memberikan kelegaan
kepada otak untuk berehat. Menurut kajian, seseorang individu perlu tidur
sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Dalam tempoh rehat ini, sel-sel otak yang
rosak dapat dipulihkan dengan sempurna. Pemeriksaan kesihatan
secara berkala sangat perlu untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang.
Sehubungan dengan itu, kakitangan kerajaan telah disarankan untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan agar dapat menjamin kualiti kehidupan yang sihat secara
berterusan.
Kesimpulannya,
setiap individu tidak haruslah menjadikan kesibukan aktiviti seharian sebagai
alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup sihat, bak kata pepatah hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih. Amalan gaya hidup sihat dapat menjamin badan
yang sihat dan otak yang cerdas. Seterusnya, keadaan ini dapat melahirkan
rakyat yang inovatif bagi menggerakkan negara menuju Wawasan 2020.
(Dipetik dan diubah suai daripada
BAHAN 2: GRAFIK
>>> Jawapan
cikgu ,ada tak jawapan untuk rumusan-rumusan ni?
ReplyDeleteMaaf lambat sedikit...
DeleteJawapan Rumusan SPM KSSM Amalan Gaya Hidup Sihat