Latihan Rumusan SPM KSSM: Kepentingan Tidur

Cikgu Muzz
By -
3

BAHAN 1: PETIKAN TEKS

Baca petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.       

            Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya.  Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam.  Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan.  Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak.  Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang.  Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur.  Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu.  Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. 

            Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang.  Hal ini demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit.  Menurut pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap.  Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam.  Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu tidur secukupnya.  Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.

            Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti.  Kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.  Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan waktu lewat petang.  Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan.  Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.

                                                      (Dipetik dan diubah suai daripada Tidur dari Segi Saintifik Oleh Danial Zainal Abidin Dewan Kosmik, Februari 2007)

BAHAN 2: GRAFIK


>>> Jawapan

Tags:

Post a Comment

3Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!