Melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam
badan
Meningkatkan keupayaan untuk belajar
Membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang
Memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang
Memulihkan pusingan biologi dalam badan
Menyegarkan tubuh badan dan meningkatkan produktiviti
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Fokus 2: Kesan Kurang Tidur
Proses penyimpanan maklumat terganggu
Tumpuan dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas
Mengalami tekanan
Melemahkah ketahanan badan sehingga mudah dijangkiti
penyakit
Menjejaskan pusingan biologi seseorang
Fokus 3: Cara Mendapatkan Tidur
Yang Berkualiti
Jauhkan diri daripada telefon pintar sebelum tidur
Belajar yoga untuk mengurangkan stres dan melancarkan
aliran darah
Bertemu kawan dan berbual secara gembira
Tidur berasingan daripada rakan yang berdengkur
Jaga pemakanan yang boleh menyebabkan pedih ulu hati
sebelum tidur
JAWAPAN LENGKAP Rumusan membincangkan kepentingan tidur, kesan kurang
tidur dan cara mendapatkan tidur yang berkualiti. Salah satu kepentingan tidur ialah melancarkan proses
metabolisme karbohidrat di dalam badan dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.
Selain itu, tidur yang cukup membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Kesan negatif kurang tidur termasuklah proses penyimpanan
maklumat terganggu, tumpuan dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas
serta mengalami tekanan. Terdapat beberapa cara mendapatkan tidur yang
berkualiti seperti belajar yoga untuk mengurangkan stres dan melancarkan aliran
darah dan tidur berasingan daripada rakan yang berdengkur. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah mendapatkan tidur
yang berkualiti agar dapat menjamin kehidupan yang lebih sejahtera.