Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 27: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala Petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Banyak rumusan kajian menunjukkan aktiviti tidur seketika pada waktu siang penting untuk kesihatan. Kajian mengesyorkan tidur jenis ini memberikan impak terhadap kesihatan mental dan fizikal seorang. Tidur seketika pada waktu siang terbukti mampu meningkat naik produktiviti dan keberkesanan pembahagian masa pekerja.

Petikan 2

Memandangkan pendidikan adalah anak kunci perubahan maka pelbagai usaha-usaha perlu dilaksanakan bagi menambah peluang pendidikan dan latihan untuk wanita. Ibubapa perlu diberikan kesedaran agar memberikan peluang pada anak-anak perempuan untuk belajar dalam pelbagai bidang. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan kesenangan bagi wanita yang bekerja selepas mereka menjadi ibu.

[11 markah]

>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments