Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 26: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala Petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
 
Petikan 1
Pada masa kini, amalan membuang masa dengan melayari Internet pada waktu bekerja semakin berleluasa. Ini mungkin disebabkan oleh terdapatnya keperluan Internet di pejabat dan majikan menganggap pekerjanya sibuk bekerja di hadapan komputer. Realitinya ramai pekerja-pekerja sedang menonton vidio, membeli barang secara atas talian ataupun mengemas kini status di media sosial.
 
Petikan 2
Pertandingan sukan yang bertaraf antarabangsa akan mempromosikan negara kita. Setiap kejohanan yang dianjurkan biasanya diterbitkan secara langsung melalui siaran televisyen di seluruh dunia. Oleh yang demikian, rakyat negara lain yang juga peminat setia sesuatu jenis sukan boleh mengetahui berbagai keunikan dan keistimewaan negara kita. Selain daripada itu, pihak penganjur juga turut mengadakan diskaun untuk menarik kehadiran penonton.
 
[11 markah]

Post a Comment

0 Comments