Jawapan Rumusan SPM KSSM: Amalan Gaya Hidup Sihat

Cikgu Muzz
By -
0

 


CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Fokus 1: Cara-Cara Kekal Sihat

  • Melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
  • Menguruskan tekanan dengan cara yang baik
  • Pengambilan makanan yang seimbang
  • Mengadakan aktiviti rekreasi bersama-sama ahli keluarga
  • Rehat yang mencukupi
  • Pemeriksaan kesihatan secara berkala

Fokus 2: Kesan Obesiti

  • Tekanan darah tinggi
  • Arthritis (sakit sendi)
  • Serangan jantung
  • Kegagalan buah pinggang
  • Diabetes
  • Strok
  • Vena Varikos

JAWAPAN LENGKAP

    Rumusan membincangkan cara-cara untuk kekal sihat dan kesan obesiti dalam kalangan masyarakat di negara ini.

    Salah satu cara untuk kekal sihat ialah dengan melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali semingu dan menguruskan tekanan dengan cara yang baik. Seterusnya, pengambilan makanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan cara untuk kekal sihat. Di samping itu, seseorang individu boleh kekal sihat apabila mendapat rehat yang mencukupi.

    Terdapat beberapa kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Contohnya obesiti yang membawa impak buruk kepada kesihatan termasuklah mengundang penyakit diabetes dan strok. Bukan itu sahaja, obesiti juga boleh mengakibatkan serangan jantung.

    Kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar kehidupan yang dijalani lebih sihat dan sejahtera.

>>> Soalan

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!