Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 5: Kata Kerja (Tatabahasa SPM KSSM)

 


Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja transitif aktif, dua kata kerja transitif pasif dan dua kata kerja tak transitif.

    Malaysia merupakan destinasi pelancongan pilihan ramai kerana keindahan pantai yang  bersih, laut yang membiru, kehijauan hutan, dan kemakmuran yang dikecapi. Selain pelancong dari dalam negara, pelancong dari luar negara juga begitu ghairah untuk menikmati keindahan di negara ini. Disebabkan oleh potensi yang ditonjolkan oleh industri pelancongan kesihatan, Malaysia berhasrat untuk memanipulasikan bidang ini demi kejayaan bidang perubatan pula. Malaysia kini sudah bersedia menjadi sebuah pusat rawatan dan perubatan kepada pelancong-pelancong luar negara melalui industri pelancongan kesihatan. Pihak kerajaan dan swasta haruslah berganding bahu agar industri pelancongan kesihatan ini menjadi kenyataan.

  (Dipetik dan diubah suai daripada Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Menengah Atas, Bahagian Pembangunan Kurikulum) 

[6 Markah]

>>>>> Jawapan 

Post a Comment

0 Comments