10 Set Soalan Peribahasa Peperiksaan Percubaan SPM 2020

Cikgu Muzz
By -
4

 


TERENGGANU (2020)

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.

  1. Pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu kelihatan sama cantik dan menjadi tumpuan tetamu yang hadir.
  2. Pak Abu akhirnya berjaya menyiapkan sebuah rumah untuk keluarganya walaupun beliau hanya berpeluang membina rumah itu pada hujung minggu sahaja atas kesibukan kerja.
  3. Setelah sekian lama berhijrah ke luar negara, akhirnya Faim pulang ke kampung halamannya dan membuka sebuah kedai runcit.

KELANTAN (2020)

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah.

  1. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  2. Musuh dalam selimut
  3. Burung terbang dipipiskan lada

KEDAH (2020)

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

  1. Filem-filem Seniman Agung P. Ramlee kerap ditayangkan di kaca televisyen kerana masih ditonton dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.
  2. Anak-anak perlulah didik dan diasuh sejak kecil lagi supaya mereka sentiasa berakhlak mulia dan cemerlang dalam kehidupan.
  3. Walaupun Ahmad baru menceburkan diri dalam bidang penulisan, namun beliau telah menghasilkan beberapa buah novel yang setanding dengan novel penulis-penulis terkenal tanah air.

PULAU PINANG (2020)

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

  1. Cikgu selalu berpesan kepada saya agar sentiasa berwaspada dengan perkara di sekeliling sebelum ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
  2. Nek Kiah sering menasihati cucu-cucunya supaya berjimat cermat dan menyimpan wang untuk digunakan pada masa hadapan namun mereka tidak menghiraukannya.
  3. Omar yang baru sahaja disahkan barah usus tahap empat, menerima pula berita bahawa isterinya terlibat dengan kemalangan maut.

PERAK (2020)

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.

  1. Kita mestilah pandai bergaul dengan semua orang walau di mana kita berada.
  2. Sazali memiliki bakat dan kebolehan bermain alat muzik daripada ayahnya kerana dahulu ayahnya merupakan seorang ahli kumpulan muzik yang terkenal.
  3. Anak muda yang menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan.

PERAK (2020)

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

  1. Emak sukar membuat pilihan apabila melihat pelbagai warna dan corak fabrik ketika mengunjungi sebuah gedung pakaian terkenal di Kuala Lumpur.
  2. Jika tidak dipantau dengan sungguh-sungguh, akan ada sahaja peniaga yang akan menaikkan harga barang-barang ekoran kenaikan harga petroleum yang diumumkan itu.
  3. Setelah bekerja dan berjaya menjawat jawtaan tinggi di Kuala Lumpur, dia jarang pulang ke kampung walaupun ibunya sedang sakit.

PAHANG (2020)

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudia kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Nuriha : Saya sangat bersyukur kerana kamu datang. Kalau kamu tidak datang tak taulah nasib pasukan kita. Mungkin kita akan kalah teruk dan menanggung malu.

Rozian : Bukan saya seorang saha yang penting. Semua pemain mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Nuriha : Kamu ini bukan sahaja pandai membuat hantaran bola, tetapi sangat laju apabila berlari mengejar bola sehinggakan pihak lawan tidak mampu mengejar kamu.

Rozian : Janganlah terlalu memuji saya. Saya berpendapat sekiranya kita mempunyai tekad yang tinggi untuk menang, sudah pasti kejayaan menjadi milik kita.

Nuriha : Saya berasa bersemangat setelah berbual-bual dengan kamu dan saya pasti pasukan kita akan jadi juara.

JOHOR (2020)

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud di bawah.

  1. Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
  2. Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain yang berharga.
  3. Menerima nasib malang yang berterusan.

JOHOR (2020)

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.

  1. Walaupun masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tercinta kita.
  2. Zahirah mengalami pelbagai kesulitan untuk meneruskan pengajiannya ke universiti tetapi dia tidak pernah berputus asa.
  3. Robert yang berasal dari negara barat telah menjalani kehidupan mengikut adat resam penduduk kampung tersebut sejak berpindah di situ dua tahun lalu.

SELANGOR (2020)

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudia kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasai dalam dialog tersebut.

Sofia : Ayah, saya telah memikirkan perkara ini semasak-masaknya. Saya tidak mahu seperti (i)_____________________ jika saya meneruskan cita-cita saya sebagai seorang pemain tenis. Pelajaran saya banyak yang tertinggal.

Ayah :  Bukankah cita-cita kamu mahu menjadi pemain tenis yang terkenal yang berjaya dalam bidang sukan dan pelajaran pada suatu hari nanti. (ii)____________________. Ayah sentiasa menyokong kamu. Kamu harus kuat dan terus bersemangat, Sofia.

Mama :Jika Sofia sentiasa berusaha dengan gigih dalam sukan tenis ini, sudah tentu pada suatu hari nanti, Sofia akan muncul sebagai pemain tenis terkemuka yang berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di persada dunia. Hal ini ibarat, (iii)_____________________.

>>> Jawapan 

Post a Comment

4Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!