Latihan Morfologi 6: Kata Ganda Penuh (Tatabahasa SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0


Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda penuh. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

        Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dikatakan semakin luntur. Masyarakat didakwa memandang enteng perkara ini sedangkan semangat cinta akan negara ini sepatutnya diterapkan dalam diri sebagaimana peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Seharusnya kita memainkan peranan masing-masing bagi memastikan semangat patriotik ini kembali menebal dalam diri. Persoalannya, apakah langkah-langkah signifikan yang harus diambil dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini?

>>>>> Jawapan

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!