[Nota Komsas] Analisis Novel Destinasi Impian

Cikgu Muzz
By -
0
 

Tema
Cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi tua yang mengatakan bahawa generasi kini tidak kuat dan tidak bersemangat.
 
Persoalan
    1. Kebijaksanaan seorang ketua dalam mentadbir urus konflik dalam memastikan program yang dilaksanakan berjaya.
    2. Kemanjaan yang diberikan kepada anak secara tidak betul akan mengakibatkan anak-anak berhadapan dengan konflik identiti.
    3. Martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih rosak ekoran sikap rakyat yang tidak prihatin terhadap ejaan dan struktur ayat yang betul.
    4. Kejayaan hanya diperoleh dengan kesungguhan dan kecekalan.
Watak dan Perwatakan
Johari
    1. Sepupu Azlina dan Firdaus.
    2. Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.
    3. Gemar berbasikal sejak sekolah rendah.
    4. Penyabar.
    5. Suka membaca.
    6. Banyak mempunyai pengetahuan.
Azlina
    1. Anak bongsu dalam keluarga.
    2. Berbadan kurus dan  tinggi lampai orangnya.
    3. Lasak dan aktif.
    4. Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
    5. Bijak berkata-kata.
    6. Berani.
    7. Penyayang.
Firdaus
    1. Anak kelima dalam keluarga.
    2. Berperwatakan keperempuanan.
    3. Berwajah tampan, berhidung mancung, berkulit putih,  berbadan tinggi lampai, dan berambut keriting halus.
    4. Lemah daya saing untuk menghadapi cabaran.
    5. Cepat marah apabila penat dan tertekan.
    6. Cepat lupa diri.
    7. Tidak pandai berenang.
Latar
Latar Tempat
    1. Tanah terbiar, iaitu tempat Azlina merakam gambar bunga lalang.
    2. Sekolah Menengah Kapar.
    3. Kampung Bukit Kapar.
    4. Meru.
    5. Klang.
    6. Jambatan Musaedin.
Latar Masa
    1. Waktu pagi.
    2. Waktu petang.
    3. Waktu malam.
    4. Hari Sabtu.
    5. Bulan Jun.
Latar Masyarakat
    1. Masyarakat yang sabar.
    2. Masyarakat yang lasak dan aktif.
    3. Masyarakat lelaki yang berperwatakan perempuan.
    4. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
    5. Masyarakat yang tidak mengenang budi.
Gaya Bahasa
    1. Simile. Contohnya, bahasa Melayu sudah menjadi seperti air atau udara; dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi bagaikan suaraku diterbangkan angin laut; 
    2. Sinkope. Contohnya, Abang nak sorong basikal itu?; Budak sekarang tak kuat. Tak ada semangat.
    3. Bahasa Arab. Contohnya, halal, mahram, azan.
    4. Bahasa Inggeris. Contohnya, camping, no problem.
    5. Metafora. Contohnya, rimba kehidupan, gunung kebanggaan, lagu keriangan.
    6. Personifikasi. Contohnya, angin kencang yang menampar-nampar muka;
Nilai
    1. Kecekalan.
    2. Keberanian.
    3. Keprihatinan.
    4. Baik hati.
Pengajaran
    1. Kita hendaklah cekal dalam menempuh cabaran hidup supaya kita berjaya mencapai matlamat.
    2. Kita perlu membaca agar banyak memperoleh pengetahuan supaya kita tidak ketinggalan.
    3. Kita harus berani menentang tindakan yang tidak betul supaya kita memperoleh kejayaan.
    4. Kita harus bersimpati terhadap mereka yang malang agar mereka mendapat pertolongan.

Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!