
Penulisan sasaran keberhasilan merupakan rutin tahunan
bagi setiap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah. Bagi memenuhi keperluan
PBPPP, sasaran keberhasilan tahun semasa
perlu diisi dua kali, iaitu pada awal dan akhir tahun mengikut bidang tugas dan
hasil yang hendak dicapai dalam tempoh penilaian.
Bilangan dan kategori skop bidang tugas/ fungsi/ akauntabiliti
dan jumlah sasaran keberhasilan serta nilai ukuran perlu disesuaikan dengan
senarai bidang tugas dan tempat bertugas serta berdasarkan matlamat organisasi.
Dalam penulisan sasaran keberhasilan, Pegawai Yang
Dinilai (PYD) disarankan untuk menggunakan kata kerja yang menunjukkan perihal
keberhasilan seperti menyelesaikan, meningkatkan, mengurangkan, mencapai,
menghasilkan, memastikan dan lain-lain lagi bagi memudahkan pemahaman maksud
bagi penyataan sasaran yang ditulis.
Penyataan nilai ukuran penilaian boleh ditulis dengan
berdasarkan kuantiti, kualiti, kos dan masa.
Contoh-contoh penyataan sasaran keberhasilan berikut
boleh dijadikan panduan kepada PYD dalam menyediakan cadangan sasaran atau
kepada Pegawai Penilai (PP) dalam menyemak kaedah penulisan dan penetapan
cadangan nilai pengukuran sasaran keberhasilan PYD.
Berikut merupakan contoh keberhasilan bagi guru akademik biasa;
Berikut merupakan contoh keberhasilan bagi guru PPKI;
Berikut merupakan contoh keberhasilan bagi guru akademik Tingkatan 6;