Contoh Karangan Kepentingan Kegiatan Kokurikulum (Karangan Cemerlang SPM 2023)

Cikgu Muzz
oleh -
0
 

Dalam mendepani arus globalisasi ini, kegiatan kokurikulum sudah menjadi keutamaan kepada pelajar-pelajar di sekolah mahupun para mahasiswa di universiti. Hal ini dikatakan demikian kerana kegiatan kokurikulum memberi variasi maslahat kepada anak watan kini tanpa mereka sedar. Sebagai evidensinya, mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti yang tidak pernah dilakukan. Walakian begitu, masih terdapat segelintir golongan belia tidak gemar menyertai kegiatan kokurikulum yang dianjurkan. Mantan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq pernah berkata bahawa kegiatan kokurikulum yang pragmatik mampu melahirkan masyarakat yang menerajui kecemerlangan negara. Persoalannya, apakah maslahat-maslahat kegiatan kokurikulum?


Merujuk mauduk yang perdana, kegiatan kokurikulum dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar melatih diri untuk berdisiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti ini dapat membentuk pelajar mengamalkan nilai-nilai murni yang sering diambil berat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebagai alibinya, pelajar akan menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur sesebuah aktiviti kokurikulum sejajar dengan kata mutiara masa itu emas. Ahli Falsafah Barat, William Shakespeare pernah bermadah bahawa nilai murni itu perlu dipupuk dalam jiwa dan nurani masyarakat bagi mewujudkan insan yang berguna. Masyarakat perlu menjadi seperti biji benih yang baik, jika dilempar ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, jika dilempar ke laut menjadi pulau yang memberi khazanah dan terawang di angkasa menjadi bintang yang bergemerlapan. Ibarat layar telah terbuka, sauh telah diangkat kegiatan kokurikulum memberi faedah dalam melatih diri pelajar untuk lebih berdisiplin.


(ads)


Dari kodifikasi yang berbeza, kegiatan kokurikulum juga mampu mencungkil bakat pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar cenderung untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar kemampuan mereka. Perkara ini dapat menonjolkan bakat yang terpendam di dalam diri pelajar. Sebagai uswahnya, pelajar dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti mendaki bukit dan gunung. Sehubungan dengan itu, pelajar juga dapat menambah kenalan daripada aktiviti ini. Ibarat aforisme Melayu sambil menyelam minum air. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah bermadah dalam rancangan ‘Orang Yang Berjaya’ bahawa golongan belia yang terdedah kepada aktiviti yang mampu menonjolkan diri mereka merupakan ciri-ciri individu yang ingin menggapai kejayaan. Oleh hal yang demikian, para pelajar tidak seyogianya mengabaikan aktiviti ini. Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa bakat pelajar dapat dicungkil sekiranya mereka menyertai kegiatan kokurikulum.


Bertunjangkan isu yang sama, kegiatan kokurikulum juga dapat membina personaliti diri sebagai persediaan pada masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat tidak sedar akan hiruk-pikuk kehidupan pada era Malaysia Madani ini. Sesetengah masyarakat berjaya menghadapi cabaran dan ada juga yang tidak berjaya sehingga menyebabkan kehidupan mereka tidak ubah seperti ular kena palu. Sekiranya mereka menyertai kegiatan kokurikulum ini, mereka dapat membina jati diri yang kukuh untuk menghadapi pancaroba kehidupan. Sebagai contohnya, pelajar boleh menyertai aktiviti perkhemahan di hutan bagi memupuk semangat keberanian dalam diri yang menyebabkan mereka tidak membebankan pihak lain pada masa akan datang. Rasurullah SAW juga bersabda bahawa sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Sudah terang lagikan bersuluh, personaliti diri dapat dibina daripada kegiatan kokurikulum.


(ads)


Sebagai penggulung bingkisan bicara, tidak ada simpul yang tidak boleh diuraikan, tidak ada lajak yang tidak boleh diundurkan. Pelbagai pihak perlulah melakukan anjakan paradigma dan bergerak seia sekata dengan golongan belia seperti serumpun bagai serai, seliang bagai buluh bagi menjayakan kegiatan ini. Langkahnya ialah ibu bapa perlulah memberi kebenaran kepada anak-anak untuk menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah mereka. Presiden Amerika Syarikat ke-16, Abraham Liancoln pernah berkata bahawa jangan tanya apa-apa yang dilakukan oleh negara kepada kamu sebaliknya bertanya pula apa-apa yang kamu lakukan kepada negara, oleh itu, pelbagai pihak sewajarnya tidak berputus asa dalam memberi penekanan tentang kegiatan kokurikulum kepada pelajar dan jadilah seperti burung jentayu, patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku.

 

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)