Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang memberikan faedah kepada pembaca.
[6 markah]
Salah satu peristiwa yang dapat memberikan faedah kepada pembaca ialah peristiwa Lili mentaati suruhan ibunya untuk pulang ke Kampung Sentosa walaupun Lili sudah mempunyai perancangannya tersendiri untuk diisi pada waktu cuti tersebut. Peristiwa ini memberikan faedah kepada pembaca kerana mendidik pembaca untuk mentaati dan patuh kepada arahan dan perintah ibu bapa.
Peristiwa kedua yang memberikan faedah kepada pembaca ialah peristiwa Lili memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Haziq dan Rafiq. Haziq dan Rafiq telah menculik dan mengurung Lili di dalam sebuah pondok usang. Danel telah bertindak berani menyelamatkan Lili. Setelah diselamatkan, Lili mengambil keputusan untuk memaafkan Haziq dan Rafiq dan tidak membuat laporan polis ke atas mereka. Peristiwa ini memberikan faedah kepada pembaca kerana mendidik diri untuk memaafkan kesalahan orang lain dan sentiasa memberikan peluang kepada individu tersebut untuk berubah.

