[Nota Komsas] Analisis Novel Formula Termodinamik

Cikgu Muzz
By -
0
 

Tema
Kegigihan dan cabaran yang dihadapi oleh dua orang remaja yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan mesin ciptaannya dengan menggunakan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
 
Persoalan
  1. Kreativiti dan inovasi sangat penting dalam pengubahsuaian sesuatu ciptaan.
  2. Kemahiran menggunakan teknologi komputer sangat penting dalam pengubahsuaian sesuatu ciptaan.
  3. Sikap iri hati dan persaingan yang tidak sihat akhirnya membawa padah.
  4. Sesuatu cabaran yang pahit akan menjadi manis jika ditempuhi dengan penuh reda dan ditangani dengan bijak.
Watak dan Perwatakan
Amir
    1. Penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am.
    2. Pemuda berdarah kacukan Cina dan Brunei.
    3. Bertubuh tegap dan tinggi lampai.
    4. Bermata sepet dan kulitnya putih pucat.
    5. Remaja yang kreatif dan inovatif.
    6. Pemaaf dan tidak berdendam.
Usamah
    1. Penuntut politeknik di Perak.
    2. Remaja yang kreatif dan inovatif.
    3. Sepupu dan rakan baik Amir.
    4. Mahir mengendalikan komputer.
Asma
    1. Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei
    2. Berkulit putih dan mempunyai ketinggian yang sederhana.
    3. Dua pupu dengan Amir dan Usamah.
    4. Menuntut di maktab perguruan.
    5. Menghormati orang tua.
    6. Lemah lembut, sopan tetapi tegas.
Aswan
    1. Anak ahli perniagaan yang berjaya.
    2. Pantang dicabar.
    3. Lepasan politeknik.
    4. Mempunyai seorang abang, iaitu Asman yang menuntut di United Kingdom.
    5. Berbadan gempal dan berkulit cerah.
    6. Berdarah Dusun dan Bajau.
    7. Suka berfoya-foya.
    8. Pemurah.
Majibon
    1. Keturunan Dusun.
    2. Rakan baik Aswan.
    3. Sentiasa menyokong segala cadangan Aswan.
Fikri
    1. Rakan baik Aswan.
    2. Sahabat yang setia.
    3. Gemar menasihati rakan dengan perkara-perkara yang baik.
Latar
Latar Tempat
    1. Kampung Warisan, Papar Sabah.
    2. Di kawasan sawah nenek.
    3. Di kampung Putatan.
    4. Di hospital.
    5. Pejabat Persendirian Damit Syarikat Bahagia.
Latar Masa
    1. Malam sambutan Hari Krismas.
    2. Selepas waktu isyak.
    3. Pada cuti semester.
    4. Pada waktu pagi.
    5. Pada waktu senja.
    6. Pada waktu malam.
Latar Masyarakat
    1. Masyarakat yang kreatif dan inovatif.
    2. Masyarakat yang berpendidikan tinggi.
    3. Masyarakat yang mahir mengendalikan teknologi komputer.
    4. Masyarakat yang mempraktikkan amalan bergotong-royong.
    5. Masyarakat yang memiliki sifat hasad dengki dan iri hati apabila melihat kejayaan orang lain.
Gaya Bahasa
    1. Personifikasi. Contohnya, Angin lembut membelai anak rambut Aswan, Air membuak ganas membawa keladak
    2. Simile. Contohnya, Mengumpat sama seperti memakan daging saudara sendiri, Sinarnya bagaikan benang berselirat.
    3. Metafora. Contohnya, kotak fikirannya, sebongkah cinta.
    4. Peribahasa. Contohnya, seperti cendawan tumbuh selepas  hujan, mati akal, batang hidung, bertepuk sebelah tangan.
    5. Hiperbola. Contohnya, Perasaan marah membuak-buak.
    6. Bahasa Arab. Contohnya, Assalamualaikum, Waalaikumussalam, syafaat, alhamdulillah, Insya-Allah.
    7. Sinkope. Contohnya, tak, saja.
Nilai
    1. Kasih sayang.
    2. Kebijaksanaan
    3. Bertanggungjawab.
    4. Keinsafan
    5. Baik hati.
Pengajaran
    1. Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu kejayaan.
    2. Kita haruslah memiliki kreativiti dan inovasi terutamanya pada zaman moden ini.
    3. Kita juga perlu memiliki ilmu untuk meneruskan kehidupan.
    4. Kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa.
    5. Kita hendaklah menganggap setiap cabaran yang pahit akan  menjadi manis jika ditempuhi dengan penuh reda dan ditangani dengan bijak.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!