Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 4: Kata Hubung (Tatabahasa SPM KSSM)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung yang disenaraikan untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Santan kelapa mengandungi asid lemak tepu yang mempunyai rantaian sederhana dengan pelbagai manfaat yang menakjubkan untuk kesihatan. Selain itu, santan kelapa adalah tinggi serat serta kaya dengan vitamin B1, B3, B5, B6, C dan E.  Terdapat tiga jenis asid lemak tepu di dalam santan iaitu asid laurik, asid kaprilik dan asid kaprik. Kajian menunjukkan kandungan tenaga dalam santan segar lebih tinggi berbanding santan segera. Namun majoriti masyarakat lebih gemar menggunakan santan segera kerana mudah diperoleh di pasaran, mudah disimpan, tahan lama dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

                              (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Organoleptik Santan Segar dan Santan Segera’ Dewan Kosmik, Bil. 12, 2019) 

[8 Markah]

>>>>> Jawapan 

Post a Comment

8 Comments