Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 15: Kata Majmuk (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 
Peserta konvoi yang akan melalui lebuh raya diingatkan supaya berhemah ketika memandu. Kerjasama daripada setiap peserta amatlah dikehendaki. Penyelaras konvoi kemudiannya memberitahu bahawa peserta akan berehat di Hentian Rehat dan Rawat Pagoh, kemudian meneruskan perjalanan menuju utara. Cuaca agak panas dan matahari pula di atas kepala, jadi peserta perlu membiasakan diri dengan keadaan cuaca sebegitu.
 
(Sumber: Internet)

[6 markah]

Post a Comment

0 Comments