Baca petikan di bawah dan teliti pantun yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
BAHAN 1: PETIKAN TEKS
Pada era pascamerdeka ini, negara kita semakin disanjung tinggi oleh negara-negara lain. Hal ini demikian kerana negara kita berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek. Malahan, Malaysia berjaya mengukir nama di persada dunia kerana ekonominya yang mantap. Dalam hal ini, Malaysia telah memanfaatkan industri pelancongan bagi merealisasikan impian negara menjadi destinasi pelancongan dunia. Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu. Hal ini mampu menarik pelancong luar untuk bertandang ke negara kita. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia.
Dalam konteks ini, terdapat beberapa faktor mendorong kemasukan pelancong luar ke negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan yang semakin maju. Antara kemudahan pengangkutan yang terdapat di negara kita termasuklah Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, kereta api elektrik, teksi, bas dan pengangkutan-pengangkutan lain. Pada masa yang sama, kemudahan membeli-belah yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual pada harga yang berpatutan.
Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan industry pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan para pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar merupakan asset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah Berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia
Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan ke seluruh dunia sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Sesungguhnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Malaysia Tumpuan Pelancong’ oleh Sofea Suhaimi Dewan Siswa, Oktober 2015
BAHAN
2: PATUN
PANTUN RAGAM MELANCONG
Airnya diminum menambah seri;
Bercuti rehat bersama keluarga,
Tempat menarik dalam negeri.
Terpandang jejaka terasa berahi;
Indah alam laksana syurga,
Tambah syukur nikmat Ilahi
Jangan sampai terpijak duri;
Poket kering sedar tak ingat,
Beli belah tak ingat diri.
(Sumber: Hasil karya Engku Muzahadin)
>>> Jawapan