Jawapan Rumusan SPM KSSM: Pelancongan

Cikgu Muzz
By -
0

 


CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: PELANCONGAN

Fokus 1: Faktor-Faktor Menggalakkan Industri Pelancongan

Bahan 1

  • Rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu
  • Kemudahan pengangkutan yang semakin maju                                                                     
  • Kemudahan membeli-belah yang disediakan                                                         
  • Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun                               
  • Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik                                                
  • Pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar                            
  • Wujudnya keunikan budaya                                                                            
  • Peranan kerajaan dan agensi kerajaan 

Fokus 2: Kebaikan Aktiviti Pelancongan

Bahan 2

  • Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga
  • Menambahkan rasa syukur kepada Tuhan atas nikmat dan anugerah pelbagai ciptaan
  • Membeli-belah pelbagai barangan  dan cenderahati

 JAWAPAN LENGKAP

    Rumusan membincangkan faktor-faktor menggalakkan industri pelancongan dan kebaikan aktiviti pelancongan di Malaysia.

    Salah satu faktor penggalak aktiviti pelancongan di Malaysia ialah kemudahan pengangkutan yang semakin maju. Selain itu, keadaan iklim panas sepanjang tahun, kepelbagaian bentuk muka bumi dan pantai serta pulau yang masih belum terecemar turut menjadi sebabnya. Seterusnya, wujudnya keunikan budaya dan rakyat pelabagi kaum hidup bersatu padu menjadi bonus dalam kerancakan industri pelancongan.

    Antara kebaikan aktiviti pelancongan ialah menambahkan rasa syukur kepada Tuhan atas nikmat pelbagai ciptaan alam. Di samping itu, aktiviti pelancongan membuka ruang untuk meluangkan masa berkualiti untuk berehat bersama-sama ahi keluarga.

    Kesimpulannya, rakyat Malaysia hendalah memanfaatkan peluang bercuti dalam negara agar dapat membantu menjana ekonomi negara.

>>> Soalan

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!