Soalan novel
dalam pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 2 dimuatkan dalam Kertas 1. Soalan
ini terletak pada Bahagian B. Soalan nombor tiga dan terakhir dalam Bahagian B
ini memperuntukkan 10 markah. Pembahagian markah ialah 6 markah untuk isi dan 4
markah untuk bahasa. Calon hanya perlu mengemukakan tiga isi beserta contoh
yang sesuai untuk memperoleh markah penuh bagi isi. Sementara itu, markah
bahasa pula biasanya akan diperoleh dengan mudah sekiranya pemeriksa boleh
memahami keseluruhan jawapan calon apabila calon boleh menulis secara gramatis,
dan ayat yang ditulis lengkap mempunyai subjek serta predikat.
Jika diteliti
daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
Tingkatan 1, 2 dan 3, aspek Komsas yang digariskan untuk teks prosa (cerpen,
prosa tradisional, drama dan novel) ialah sinopsis, tema, persoalan, watak dan
perwatakan serta nilai dan pengajaran. Dalam soalan novel pula, aspek Komsas
popular yang diuji ialah persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.
Meskipun latar tidak tersenarai dalam DSKP, namun tidak susah untuk memahami
konsep latar dalam prosa.
Justeru,
jadual analisis Komsas 7 dalam 1 seperti yang dikongsikan boleh membantu murid
memahami dan menguasai aspek Komsas yang terdapat dalam novel Jalan Ke Puncak dengan lebih mudah. Belajarlah dengan bijak. Kuasai teknik menulis
jawapan untuk soalan aspek Komsas dengan betul. Kemudian berpeganglah kepada
satu kata kunci dan contoh yang boleh digunakan untuk menjawab lebih daripada
satu kehendak soalan.
Watak |
Laiman. |
Perwatakan |
Seorang
yang bertanggungjawab. |
Nilai |
Tanggungjawab.
|
Persoalan |
Tanggungjawab
dalam melakukan sesuatu pekerjaan dengan sebaik mungkin. |
Pengajaran |
Kita
hendaklah bertanggungjawab apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga
membuahkan kejayaan. |
Latar
Masyarakat |
Masyarakat
yang bertanggungjawab. |
Contoh |
Laiman
menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat minyak dengan penuh
tanggungjawab. |
Watak |
Laiman. |
Perwatakan |
Jujur. |
Nilai |
Kejujuran. |
Persoalan |
Kejujuran
dalam sesuatu perhubungan persahabatan. |
Pengajaran |
Kita
hendaklah bersikap jujur dalam sesuatu perhubungan seperti persahabatan
supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini. |
Latar
Masyarakat |
Masyarakat
yang jujur. |
Contoh |
Laiman
bersikap jujur dengan menunjukkan akaun simpanannya kepada Milan. |
Watak |
Laiman. |
Perwatakan |
Tabah. |
Nilai |
Ketabahan. |
Persoalan |
Ketabahan
dalam mengharungi dugaan demi mencapai cita-cita. |
Pengajaran |
Kita
hendaklah tabah dalam mengharungi cabaran demi mencapai cita-cita yang
diidamkan. |
Latar
Masyarakat |
Masyarakat
yang tabah. |
Contoh |
Laiman
tabah menghadapi segala dugaan demi mencapai cita-citanya. |