Soalan novel
dalam pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 1 dimuatkan dalam Kertas 1. Soalan
ini terletak pada Bahagian B. Soalan nombor tiga dan terakhir dalam Bahagian B
ini memperuntukkan 10 markah. Pembahagian markah ialah 6 markah untuk isi dan 4
markah untuk bahasa. Calon hanya perlu mengemukakan tiga isi beserta contoh
yang sesuai untuk memperoleh markah penuh bagi isi. Sementara itu, markah
bahasa pula biasanya akan diperoleh dengan mudah sekiranya pemeriksa boleh
memahami keseluruhan jawapan calon apabila calon boleh menulis secara gramatis,
dan ayat yang ditulis lengkap mempunyai subjek serta predikat.
Jika diteliti
daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
Tingkatan 1, 2 dan 3, aspek Komsas yang digariskan untuk teks prosa (cerpen,
prosa tradisional, drama dan novel) ialah sinopsis, tema, persoalan, watak dan
perwatakan serta nilai dan pengajaran. Dalam soalan novel pula, aspek Komsas
popular yang diuji ialah persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.
Meskipun latar tidak tersenarai dalam DSKP, namun tidak susah untuk memahami
konsep latar dalam prosa.
Justeru,
jadual analisis Komsas 7 dalam 1 seperti yang dikongsikan boleh membantu murid
memahami dan menguasai aspek Komsas yang terdapat dalam novel Pelari Muda dengan
lebih mudah. Belajarlah dengan bijak. Kuasai teknik menulis jawapan untuk
soalan aspek Komsas dengan betul. Kemudian berpeganglah kepada satu kata kunci
dan contoh yang boleh digunakan untuk menjawab lebih daripada satu kehendak
soalan.
Watak |
Adibah. |
Perwatakan |
Seorang
yang tegas. |
Nilai |
Ketegasan. |
Persoalan |
Ketegasan
dalam bertindak mengeluarkan arahan. |
Pengajaran |
Kita
hendaklah tegas dalam melakukan sesuatu tindakan yang betul. |
Latar
Masyarakat |
Masyarakat
yang tegas. |
Contoh |
Adibah
dengan tegas tidak membenarkan Kamarul keluar kelas sebelum loceng rehat
berbunyi. |
Watak |
Saridah. |
Perwatakan |
Seorang
yang berani. |
Nilai |
Keberanian. |
Persoalan |
Keberanian
untuk bersuara untuk menegakkan kebenaran. |
Pengajaran |
Kita
hendaklah berani bersuara untuk menegur seseorang yang melakukan sesuatu
perkara yang tidak betul. |
Latar
Masyarakat |
Masyarakat
yang berani. |
Contoh |
Saridah
berani menegur sikap Kamarul yang berubah menjadi sombong dan bongkak setelah
menjadi popular. |
Watak |
Encik
Kadir. |
Perwatakan |
Beranggungjawab. |
Nilai |
Tanggungjawab. |
Persoalan |
Tanggungjawab
dalam menjalankan amanah dalam tugas. |
Pengajaran |
Kita
hendaklah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas dengan sebaik
mungkin. |
Latar
Masyarakat |
Masyarakat
yang bertanggungjawab. |
Contoh |
Encik
Kadir seorang jurulatih yang bertanggungjawab kerana sering menasihati
Kamarul |