Karangan Percubaan SPM Ciri-Ciri Masyarakat Penyayang

Cikgu Muzz
By -
5

 

Rajah di atas menunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri masyarakat penyayang. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri masyarakat penyayang. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. (Percubaan SPM Terengganu -2020)

    Kasih sayang merupakan nilai murni yang sangat dituntut dalam kehidupan. Sebuah kehidupan pasti tidak akan lengkap tanpa kehadiran kasih sayang. Kasih sayang boleh diibaratkan seperti embun yang mendamaikan pada waktu pagi. Tanpa kasih sayang, kehidupan seseorang insan tidak akan lengkap dan pincang bagaikan ombak tanpa pantainya. Justeru, sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, wajarlah setiap individu mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan seharian.  Individu yang mendakap erat budaya penyayang dalam kehidupan seharian dapat diperincikan menerusi beberapa ciri. Persoalannya, apakah ciri-ciri masyarakat yang penyayang?

    Salah satu ciri masyarakat penyayang ialah mengamalkan kasih sayang sesama manusia. Setiap manusia mengharapkan kasih sayang daripada insan lain. Oleh itu, menjadi suatu amalan mulia apabila kita mengamalkan kehidupan berkasih sayang sesama masyarakat dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kehidupan seharian, amalan penyayang dalam kalangan sesama insan dapat diperhatikan saat seseorang menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukan. Sebagai contoh, bantuan dan derma yang sering dihulurkan oleh rakyat Malaysia kepada masyarakat tempatan atau luar negara apabila berlaku sesuatu bencana seperti banjir, tsunami dan gempa bumi. Kesannya, secara tidak langsung kita telah meringankan beban yang ditanggung oleh sesetengah individu yang diuji dalam kehidupan mereka. Apatah lagi masyarakat Melayu itu sendiri sering dididik untuk membudayakan peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing agar sama-sama dapat membantu dan berkongsi sesutu nikmat atau musibah sesama manusia. Intihanya, jelaslah mempraktikkan kasih sayang sesama manusia merupakan salah satu ciri masyarakat penyayang.


Berdasarkan contoh perenggan isi di atas, tulis dua lagi perenggan isi karangan yang lengkap. Kemudian, tulis sebuah perenggan kesimpulan yang matang dan gramatis bagi keseluruhan karangan ini.


Anda boleh merujuk teknik menulis perenggan isi dan kesimpulan ini;


Tags:

Post a Comment

5Comments

  1. Terima kasih banyak.
    Aku harap mampu untuk dapatkan yang terbaik untuk SPM ini.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lakukan yang terbaik! Yakin boleh, anda pasti berjaya!

      Delete
  2. Terima kasih banyak. ;)

    ReplyDelete
  3. AnonymousJuly 08, 2021

    tq 👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!