Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Teknik Menulis Perenggan Kesimpulan Karangan Menggunakan Formula PCBiH

KAEDAH MENULIS PERENGGAN KESIMPULAN MENGGUNAKAN FORMULA PCBiH

            Perenggan kesimpulan dalam sesebuah penulisan karangan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Perenggan kesimpulan akan merangkumkan kembali keseluruhan penulisan dalam perenggan isi sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Perenggan kesimpulan yang baik perlulah ditulis dengan jalinan ayat menarik seimbang dengan perenggan-perenggan yang lain.

            Perenggan kesimpulan boleh ditulis dengan menyisipkan pandangan, cadangan dan harapan. Perenggan kesimpulan juga boleh dijadikan menarik dengan tambahan bahasa indah seperti peribahasa dan slogan. 

FORMULA : PCBiH

P – PANDANGAN

C– CADANGAN

Bi – BAHASA INDAH

H HARAPAN

FORMULA PCBiH (Perenggan Kesimpulan)

Pandangan

Pandangan calon secara umum berkenaan tajuk atau kehendak soalan.

Cadangan

Cadangan yang relevan yang mempunyai kaitan dengan kehendak soalan.

Bahasa Indah

Peribahasa/cogan kata/slogan/kata tokoh yang sesuai.

Harapan

Harapan berdasarkan cadangan yang diberikan dalam menjayakan pandangan, iaitu kehendak tajuk soalan.

CONTOH 1: KESIMPULAN (FORMULA PCBiH)

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FORMULA PCBiH (Perenggan Kesimpulan)

Pandangan

Kesimpulannya,

Konklusinya,

Tuntasnya,

 

Tuntasnya, terdapat pelbagai cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Cadangan

Oleh itu,

Sehubungan itu,

Justeru,

Sehubungan itu, semua pelajar mestilah mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadi pelajar yang berjaya.

Bahasa Indah

Bak kata pepatah,

Persis bicara pujangga,

Seperti untaian peribahasa,

Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan.

Harapan

Oleh yang demikian,

Ringkasnya,

Dengan ini,

Dengan ini hasrat pemimpin negara untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bijaksana akan dapat direalisasikan.


Post a Comment

0 Comments