Tanah tempat tumpah darahku,
Negeri elok amat kucinta,
Yang kupuja sepanjang masa.
Lirik lagu ‘Malaysia Tanah Airku’ dia atas menggambarkan rasa cinta yang mendalam kepada negara Malaysia. Nyatakan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
PENDAHULUAN
Hujan emas di negeri, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Peribahasa ini jelas mendukung tanah air walau dalam apa-apa situasi sekalipun. Malaysia ialah sebuah negara unik terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama. Meskipun warna kulit, bahasa ibunda dan pegangan agama berbeza-beza dalam kalangan penduduknya, namun perbezaan inilah yang mewujudkan keistimewaa di tanah tercinta ini. Sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu terus mengorak langkah sama ada dalam aspek pembangunan mahupun kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, wajarlah setiap seorang yang bergelar warganegara Malaysia mempunyai perasaan cinta yang mendalam untuk ibu pertiwi ini. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara?
- Media massa menyebarkan informasi tentang perjuangan wira negara terdahulu.
- Membudayakan pemakaian pakaian kebangsaan.
- Membeli produk tempatan atau produk buatan Malaysia.
- Ibu bapa menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak.
- Kerajaan mengadakan kempen cinta akan negara.
- Penekanan dalam silibus sejarah di sekolah tentang semangat patriotisme.
KESIMPULAN
Sudah terlalu banyak nikmat yang kita kecapi sepanjang bernadi di bumi Malaysia ini. Jika hendak dibandingkan kehidupan rakyat di kebanyakan negara mundur dan negara ketiga di dunia, rakyat Malaysia selayaknya sujud syukur atas segenap keselesaan yang dinikmati. Justeru, rasa cinta terhadap tanah air perlu disemarakkan dan dibiar bernyala dalam hati setiap individu yang bergelar warganegara. Sesungguhnya, kita tidak boleh bersikap bagai kacang lupakan kulit dengan tidak mengenang jasa dan bakti negara yang kita diami ini. Ingatlah negara ialah cerminan bangsa. Oleh itu, setiap rakyat perlu meletakkan rasa cinta terhadap negara Malaysia dalam hati masing-masing kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.