Latihan Morfologi 3: Kata Kerja Pasif (Tatabahasa SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
6

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan kata kerja aktif yang bergaris kepada kata kerja pasif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja pasif untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

              Usia yang semakin meningkat menyebabkan seseorang itu akan mendapati lebih sukar untuk membina dan menjaga otot. Kehilangan jisim otot dalam kebanyakan individu berlaku pada usia sekitar 40 tahun ke atas.  Pakar Ortopedik dan Sugeri Sukan, Hospital Pantai Ampang, Dr. Sabbir Ahmad, berkata keadaan berkenaan disebabkan tahap testosteron yang lebih rendah kepada lelaki dan tahap estrogen yang lebih rendah kepada wanita. Namun, kehilangan otot dalam kalangan lelaki dan wanita dewasa dapat dielakkan menerusi latihan-latihan ketahanan tetap sebagai usaha membina dan menjaga otot.

                                                                           (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kehilangan Jisim Otot’ Berita Harian, 24 Oktober 2020)

Post a Comment

6Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!