Tema novel Bimasakti Menari ialah cinta akan alam sekitar.
Persoalan
- Tanggungjawab abang terhadap adik perempuan.
- Keikhlasan dan kejujuran dalam persahabatan.
- Kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak.
Watak dan Perwatakan
Nurul
Hafsa
- Anak gadis Haji Yassir.
- Belajar di luar negara, iaitu Jordan dalam bidang Fizik dan Kaji Falak.
- Cinta akan alam sekitar.
- Bijak, berani, dan tabah.
- Bersikap baik hati.
- Berbudi bahasa.
- Pemarah.
- Teguh berpegang pada janji.
- Petah berkata-kata untuk mematahkan hujah pihak lawan.
Muhammad
Taufik
- Anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham.
- Berambut hitam pekat dan ikal.
- Kulitnya cerah seperti kulit Maryam Wickham.
- Hidungnya mancung sederhana.
- Bertubuh tegap dan tinggi lampai.
- Cinta akan alam sekitar.
- Bersikap penyabar dan tabah.
- Berpendidikan tinggi hingga memiliki sarjana.
- Bersikap prihatin dan penyayang.
- Suka berterus terang.
- Komited dalam mencintai alam sekitar.
- Berbudi bahasa.
Budiman
- Anak lelaki tunggal Haji Yassir.
- Abang kepada Nurul Hafsa.
- Sahabat kepada Muhammad Taufik.
- Guru sains di Sekolah Menengah Tanjung Karang.
- Baik hati dan bertanggungjawab.
- Taat pada ajaran agama.
- Bersikap prihatin.
Tan Sri
Muhaimin
- Ahli perniagaan yang berjaya.
- Jutawan di Asia Tenggara.
- Berpengaruh besar.
- Penyayang dan berpendirian teguh.
- Tidak bersifat dendam terhadap bekas isterinya.
- Taat akan perintah agama.
Maryam
Wickham
- Ibu kepada Muhammad Taufik.
- Bekas isteri kepada Tan Sri Muhaimin.
- Aktivis alam sekitar.
- Sanggup bercerai dengan suaminya kerana teguh dengan perjuangannya.
- Baik hati dan bersikap toleransi.
Dato’
Johann Arlington-Majid
- Bersikap pendendam.
- Berhati jahat.
- Ahli perniagaan yang tidak kreatif untuk memajukan perniagaannya.
Haji
Yassir
- Bapa kepada Budiman dan Nurul Hafsa.
- Hidup seorang diri selepas kematian isterinya.
- Bertanggungjawab dan taat pada ajaran agama.
Latar
Latar
Tempat
- Balai Cerap Sultan Salahuddin.
- Kampung Kuantan.
- Stesen minyak PETRONAS.
- Kawasan peladangan di Bestari Jaya.
- Hospital Besar Tanjung Karang.
- Taman Rimba Templer.
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Latar
Masa
- 50 tahun lalu.
- Pada pukul 11:30 malam.
- Sebelum solat zuhur.
- Selepas solat isyak.
Latar
Masyarakat
- Masyarakat yang mementingkan kerjaya sehingga sanggup mengambil tindakan yang radikal.
- Masyarakat yang cintakan alam sekitar.
- Masyarakat yang tamak.
- Masyarakat terpelajar.
- Masyarakat yang hidup harmoni.
- Masyarakat kahwin campur.
Nilai
- Nilai tanggungjawab.
- Nilai ketabahan.
- Nilai kasih sayang.
- Nilai ketaatan.
Pengajaran
- Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya kehidupan kita dan makhluk lain tidak terancam.
- Kita mesti mempunyai sikap setia kawan supaya tidak berlakunya pengkhianatan.
- Ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab terhadap anak masing-masing.
- Kita mesti tabah dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya matlamat kerja tersebut tercapai.