Sinopsis Novel Silir Daksina

Cikgu Muzz
By -
0

 


Haiqal tinggal bersama umi dan walid, iaitu bapa tirinya di Kuala Terengganu, Terengganu. Bapa kandung Haiqal pula, iaitu Abdullah bin Kayan berada di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Umi Haiqal merupakan usahawan batik. Beliau tidak dapat menerima bapa kandung Haiqal sebagai seorang pencinta seni sastera dan budaya. Perkahwinan mereka berdua hanya bertahan selama tiga tahun.

Sejak kecil lagi, Haiqal tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya itu. Ketika usia Haiqal 12 tahun, iaitu sewaktu dia sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), bapa kandung Haiqal telah meninggal dunia. Umi dan walid turut melawat jenazah Abdullah bin Kayan tetapi melarang Haiqal ikut sama atas alasan dia sedang menduduki peperiksaan UPSR.

Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis berbangsa Cina. Gadis itu ialah See Hwa. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat. Lebih-lebih lagi, manuskrip yang diterimanya itu menceritakan kehidupan Abdullah bin Kayan yang melibatkan diri dalam memperkasakan seni budaya zapin. Haiqal teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapa kandungnya itu bagi mengubat rindu yang ditanggungnya sejak kecil lagi.

Pada suatu malam, Haiqal memberitahu umi dan walid bahawa dia ingin ke kampung halaman arwah bapanya. Malangnya, uminya memarahi Haiqal kerana Abdullah bin Kayan sudah lama meninggal dunia. Haiqal tetap berkeras dengan keputusannya. Umi Haiqal mengancamnya untuk tidak memberinya duit perbelanjaan sepanjang Haiqal berada di sana. Haiqal sampai ke stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Kemudian, dia menaiki sebuah teksi ke Parit Raja, iaitu kampung halaman arwah bapanya. Di warung Wak Min, Haiqal bertanya tentang rumah Abdullah bin Kayan. Sebaliknya, Wak Min meminta Haiqal menunggu Tauke Ong. Setelah Tauke Ong tiba pada 7:30 pagi, dia menghantar Haiqal ke rumah arwah bapa kandungnya.

Pada pukul 12:00 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa Haiqal makan tengah  hari. Sewaktu dalam kereta, Tauke Ong memberitahu  Haiqal tentang kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh Haiqal. Selama ini, Tauke Onglah yang memegang amanah untuk mengurus ladang kelapa sawit dan kebuh getah milik Abdullah bin Kayan  Apabila tiba di pekan Parit Raja, Tauke Ong meminta See Hwa membawa Haiqal makan di sebuah restoran kerana dia mempunyai urusan di bank. See Hwa berbual-bual dengan Haiqal tentang tempat tinggal masing-masing pada waktu itu, Haiqal teringatkan rakan karibnya, Ratna. See Hwa memberitahu Haiqal bahawa arwah bapanya pandai memasak cili padi ikan haruan. Selama ini, See Hwalah yang  telah mengisi kekosongan jiwa bapanya hingga akhir hayat. Haiqal ingin mendekati See Hwa  kerana dia pasti bahawa See Hwa banyak menyimpan rahsia hidup Abdullah bin Kayan. Haiqal membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam manuskrip arwah bapanya itu ialah See Hwa. Selepas makan, Haiqal dibawa berjalan-jalan di sekitar pekan Parit Raja. Mereka berhenti di sebuah kedai buku untuk membeli novel. Ternyata Haiqal dan Swee Hwa meminati penulis yang sama. Semasa berehat di rumah arwah bapanya, Haiqal teringat akan adiknya yang sedih sewaktu dia meninggalkan rumah. Haiqal juga teringatkan pesanan ringkas daripada Ratna lalu membalas pesanan ringkas tersebut.

Haiqal menziarahi pusara arwah bapanya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh Tauke Ong. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Haiqal berhenti di kawasan sekumpulan remaja sedang memancing ikan. Di situ, Haiqal berbual-bual dengan seorang lelaki yang berusia 40-an, iaitu Pak Cik Bakar. Menurut Pak Cik Bakar, arwah bapa Haiqal bukanlah calang-calang orang. Beliau seorang yang berjiwa besar, baik, banyak berjasa, dan disukai masyarakat. Pak Cik Bakar dan arwah bapa Haiqal umpama saudara kandung.

Sepanjang berada di Kampung Seri Purnama, Haiqal  dilayan dengan baik oleh penduduk kampung. See Hwa  pula semakin rapat dengan Haiqal. Dia banyak membantu Haiqal menjejaki bekas kehidupan Abdullah bin Kayan di Kampung Seri Purnama yang aktif sebagai penggiat seni dan sastera. Selain itu, Pak Cik Bakar, Lazim, dan Wak Salim turut memberikan bantuan kepada Haiqal. Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di balai raya itu, Haiqal dapat melihat pelbagai hasil kegiatan arwah bapanya. Beberapa album, majalah, dan buku-buku milik arwah bapanya dipamerkan di situ.  Sememangnya arwah bapa Haiqal benar-benar penari zapin.

Haiqal mengemukakan cadangan untuk menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula kepada Pak Cik Bakar dan ketua kampung. Selepas kata setuju diputuskan, persiapan pun dibuat. Tauke Ong mencadangkan Haiqal turut belajar tarian zapin. Pada mulanya, Haiqal terasa malu. Apabila digalakkan oleh Pak cik Bakar dan lain-lain, Haiqal pun belajar tarian zapin.

Pada hari persembahan, Lazim yang sepatutnya berpasangan dengan Haiqal mengalami kemalangan. Pak Cik Bakar menyuruh Haiqal memujuk See Hwa untuk berpasangan dengannya. Sewaktu Haiqal berkunjung ke rumah See Hwa, dia mendapati See Hwa telah pun bersedia dengan pakaian tarian zapin. Persembahan tarian zapin Haiqal dan Swee Ha mendapat sambutan hebat. Semasa membuat persembahan tersebut, Haiqal ternampak kelibat umi, walid, dan Nurul Asiyah. Haiqal mahu berlari dan memeluk anggota keluarganya sebagai tanda syukur.

Kemudian, Haiqal melanjutkan pengajiannya di Bumi Kenyalang. Dendam uminya terhadap arwah bapanya juga telah lebur. Ratna pula telah bertunang dengan seorang usahawan. Sementara, See Hwa terlalu sedih sewaktu dia meninggalkan Kampung Seri Purnama. Tauke

Ong memberitahu Haiqal bahawa ada seseorang yang akan sentiasa merinduinya. Haiqal menganggap semua itu sebagai satu permulaan. Haiqal sedar bahawa dia perlu mewujudkan Aksara tetapi pekara itu masih jauh daripada jangkauannya. Manuskrip lama yang ditulis oleh arwah bapanya disimpan kemas. Namun begitu, Haiqal menyatakan kepada See Hwa bahawa dia akan tetap akan menjejaki arwah bapanya walapun beliau bukan Abdullah bin Kayan. Sekiranya See Hwa ialah Ai Ling dalam manuskrip ayahnya itu, dia juga akan tetap menjejaki  See Hwa.

Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!