Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

24 Peribahasa Mengikut Tajuk Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM

 

Peribahasa Melayu merupakan warisan masyarakat melayu yang mendukung makna tersirat bertujuan untuk mendidik secara halus. Menerusi Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Kurikulum Standard Sekolah Menengah disenaraikan peribahasa mengikut tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku teks ini. Sebanyak 24 peribahasa dikenal pasti termuat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM ini.  Soalan peribahasa diuji dalam SPM Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2), Bahagian A, soalan kelima.


TEMA

M/S

PERIBAHASA/ UNGKAPAN/

SLOGAN/ KATA HIKMAT

MAKSUD

1

Anda Bersih Anda Sihat

9

belukar menjadi rimba

kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

2

Sukan dan Rekreasi

17

malang tak berbau

kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

20

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

3

Kerjaya Meniti Kejayaan

38

berbelah bahagi

tidak tetap / teguh pendirian

4

Bersatu Kita Teguh

46

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

sama taraf atau darjat

50

tak kenal maka tak cinta

apabila tahu baru timbul suka

51

ada ubi ada batas

(bahasa berbudaya)

51

membaca jambatan ilmu

amalan membaca dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan

5

Pendidikan untuk Semua

60

cerdik seperti kancil

kepandaian berasaskan tipu helah

60

rajin seperti semut

orang yang rajin bekerja

60

usaha tangga kejayaan

usaha gigih untuk menempa kejayaan

60

hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai (Indonesia)

orang yang hidup hemat akan menjadi kaya, orang rajin belajar akan menjadi pandai

60

bara yang digenggam biar sampai menjadi arang

mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapaikejayaan.

67

berdiam diri

tidak berkata-kata

67

berkecil hati

tersinggung perasaan

67

menggagahkan diri

(bahasa berbudaya)

67

barang terbuang

(bahasa berbudaya)

67

ringan tulang

orang yang rajin membantu

67

masa itu umpama emas

masa itu sangat berharga

6

Citra Bahasa dan Sastera Kita

188

ikutlah resmi padi makin berisi makin tunduk

makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendahkan diri

188

jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung

jangan membesar-besarkan kejayaan ataupun usaha yang tidak seberapa (kecil/sedikit)

188

ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa tahu

Keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi sebutan orang

189

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

189

sampah masyarakat

orang yang tidak berguna

 


Post a Comment

0 Comments