Ayat aktif dan ayat pasif merupakan antara soalan
sintaksis yang popular dan sering diuji dalam peperiksaan. Terdapat formula
tersendiri yang digunakan untuk menukar ayat aktif kepada ayat pasif seperti
yang boleh dirujuk dalam Tatabahasa Dewan.
Namun, bagi pelajar yang menghadapi kesukaran memahami
proses menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif, terdapat dua kaedah utama yang
masing-masing ditentukan oleh subjek dalam soalan, iaitu subjeknya sama ada
terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua atau
kata ganti nama diri ketiga.
Jika subjek dalam soalan terdiri daripada kata ganti
nama diri pertama dan kedua, maka dalam ayat pasif kedudukan kata ganti nama
diri dan kata kerja adalah bersebelahan. Boleh jadi dalam soalan ditambahkan
kata bantu yang hadir sebelum kata kerja dan keterangan selepas objek. Sila
rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas.
Sekiranya dalam soalan kata kerja mengandungi imbuhan, maka apabila mengalami proses pasif, imbuhan pada kata
kerja dalam soalan akan gugur dan menjadi seperti
berikut;
Contoh: Aku sedang mencabut rumput di belakang rumah.
Contoh: Aku sedang mencabut rumput di belakang rumah.
- Rumput sedang aku cabut di belakang rumah.
Kembali kepada soalan asal di atas, jelas sekali dalam ketiga-tiga soalan, kedudukan kata
ganti nama diri pertama dan kata kerja adalah bersebelahan. Manakala kata bantu
perlu hadir sebelum kata ganti nama diri. Salah sekiranya jawapan ditulis nasi aku sedang makan di dapur.
Seterusnya apabila subjek dalam soalan terdiri
daripada kata ganti nama diri ketiga, maka imbuhan aktif dalam soalan pada kata
kerja digugurkan dan diganti dengan imbuhan awalan di- pada kata kerja. Kedudukan
perkataan dalam ayat pasif adalah seperti gambar di bawah. Boleh jadi dalam
soalan ditambahkan kata bantu yang hadir sebelum kata kerja dan keterangan
selepas objek. Sila rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas.
Penambahan oleh selepas kata kerja dalam ayat pasif adalah bersifat pilihan, boleh diletakkan atau boleh juga sekiranya tidak diletakkan.
- Nasi sedang dimakan oleh Ali di dapur.