50 Soalan Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif Bahasa Melayu / Bilangan 1

Cikgu Muzz
oleh -
2 minute read
0




Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif dengan tepat.
    1. Saya telah menebang pokok kelapa di belakang rumah datuk semalam.
    2. Mereka ke sekolah dengan menaiki kereta.
    3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
    4. Ketua Taman Desa Murni menulis surat aduan tentang masalah anjing liar kepada pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai.
    5. Mereka memegang jawatan yang sangat penting.
    6. Puan Zainab menasihati Norman agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.
    7. Saya mencuci kasut sekolah pada hujung minggu.
    8. Sebelum mendirikan solat Maghrib, beberapa orang murid tahfiz telah menyusun kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk masjid.
    9. Fattah telah memancing ikan di sungai itu.
    10. Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang baru diumumkan pada minggu lepas.
    11. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
    12. Kami menikmati pelbagai jenis hidangan makanan Siam ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai.
    13. Para pekerja sentiasa memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah.
    14. Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat dalam membangunkan negara ini.
    15. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat dengan sewenang-wenangnya.
    16. Persatuan Kebudayaan telah merancang pertandingan permainan tradisional semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
    17. Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini.
    18. Dia akan membantu ibu di gerai selepas sesi persekolahan.
    19. Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di pulau peranginan itu.
    20. “Awak mesti menyerahkan surat itu kepada Diana sebelum hujung minggu ini,” pesan Amirul kepada Rohaizat.
    21. Pengetua menyeru calon-calon PT3 agar tidak ponteng semsa kelas tambahan diadakan.
    22. Kita menerima keputusan itu walaupun berasa amat kecewa tersingkir pada pusingan awal.
    23. Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan rumah kami dengan penuh tanggungjawab.
    24. Kita harus mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin.
    25. Kami sedang menjalankan tugas sebagi urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Marang.
    26. “Kalian perlu menjelaskan hutang selewat-lewatnya hujung bulan ini,” kata ceti haram itu.
    27. Encik Kamarul membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar.
    28. Cikgu Rozie mengajar pelajar tingkatan Lima Cekal mata pelajaran Bahasa Melayu pada setiap hari Sabtu.
    29. Beberapa orang pekerja sedang menebas semak-samun di kiri dan kanan lebuh raya itu.
    30. Setiausaha peperiksaan sedang menjelaskan maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia.
    31. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang telah menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
    32. Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.
    33. Mereka mengecat bangunan itu dengan adunan pelbagai warna.
    34. Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Majuwangsa.
    35. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman mati.
    36. “Aku akan memetik bunga itu pada bulan hadapan,” kata Ziana kepada Farisha.
    37. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
    38. Saya telah menerima pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
    39. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.
    40. Yusry pernah mencintai Erra dengan sepenuh hati suatu masa dahulu. Kamu mestilah
    41. Mematuhi undang-undang negara supaya hidup kita aman damai.
    42. Ayah saya menyambut birasnya yang baru tiba dari Sabah.
    43. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
    44. Khdijah telah mengambil buku itu semalam.
    45. Mereka menyusun kerus-kerusi di padang sebelum acara itu bermula.
    46. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
    47. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
    48. Shukri menemui buku itu di dalam beg pakaian.
    49. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
    50. Tuan hamba perlu menemui Hang Tuah dengan segera.
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)