Anekdot: Bakal Mentua Bos!

Cikgu Muzz
By -
0

“Ah, penat!”

Letih mesyuarat masih terasa. Belum lagi kata-kata pedas yang keluar daripada mulut lelaki itu.

“Huh, menyampah!”

Cuba nak lupa muka perasan tu.

“Buka TV kejaplah...”

“Arghhhh!”

“Kau dah kenapa, Rozie?”

“Dah kena sampuk dengan King Kong ke? Tu lah, aku dah suruh masuk tidur awal semalam, kau nak layan juga cerita tu. Ni hah, tersampuk semangat dialah tu.” Boleh pula Shima yang dari pagi tadi membuta dekat rumah boleh keluar dengan teori macam tu.

“Merepeklah. Kalau betul pun aku lagi suka kena sampuk dengan King Kong daripada nak hadap muka mamat senget tu!”

“Hah, kau jumpa dia tadi? Seriuslah?” menggedik Shima menghempas punggung sebelah Rozie. Bantal dicapai, kemudian dipeluk. Siku menekan bantal, tangan manampung dagu. Mata terkebil-kebil.

“Kau dah kenapa Shima? Ulat bulu pun kalah tau! Pantang dengar aku sebut fasal mamat tu, mulalah.”

“Excuse me. Ehem, mamat tu ada nama. Cuba kau sebut elok-elok nama bakal suami aku tu, Tengku Zafril Kamil Bin Tengku Bakhri Akhbar.”

“Dah cepatlah cerita Zie!”

Nak buat macam mana, mana ada gadis yang tak cair dengan Tengku Zafril Kamil tu. Sampaikan Shima ni lagi banyak tahu fasal bos Rozie yang garangnya mengalahkan singa kelaparan tu.

“Rozie, cepatlah cerita, apa jadi tadi sampai kau mengamuk tak tentu fasal. Kau kantoi skodeng dia eh?” terkekeh Shima berangan membayangkan dia sedang skodeng Tengku Zafril Kamil.  Selebriti korporat, gambar selalu masuk majalah, gigih Shima beli, padahal baca dan beleknya Cuma dua tiga muka surat, tapi harga yang dibayar boleh buat makan KFC seketul.

“Betul kau nak tahu?” Rozie berteka-teki.

“Sengetlah, kau nak aku cakap dalam Bahasa Cina ke?”

“Hurmmm, tadi kan. Tadi kan...”

“Sakitlah!” Tamparan manja singgah di bahu Rozie.

“Cepatlah!”

Menggeleng Rozie dibuatnya. Parah kawan serumah dia seorang ni.

“Aku cerita juga sebab kau dah tahap paksa ni tau.”

“Tadi kan, Tengku jumpa aku.”

“Habis tu, kau ada cakap dengan dia tak?” Dah suruh orang cerita, tapi suka sangat buat road block.

“Aku tak sempat cakap apa. Dia yang cakap dulu.”

“Hah, mesti penting kan, sampai dia cari kau nak cakap something? Apa yang dia cakap?”

“Entahlah, dia cakap I love you!” Muka Rozie serius gila.

“Hah, biar betul? Habis aku macam mana?” Shima dah bangun. Stres!

“Kau tak boleh caras Zafril dari aku Rozie!” keras suara Shima.

“Bila masa aku cakap Tengku Zafril Kamil yang cakap dengan aku tadi?”

“Habis tu, yang kau cakap tadi?”

“Tu, bapa dia. Tengku Bakhri Akhbar”

So, kau bersedia panggil aku Mama , okay?”

“Oh, ya jangan lupa masak malam nanti. Mama nak mandi bagi fresh kejap.”

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!