Analisis Soalan Rumusan SPM 2001 - 2019

Cikgu Muzz
By -
0


Rumusan merupakan soalan wajib yang perlu dijawab oleh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi mata pelajaran Bahasa Melayu. Soalan rumusan terkandung dalam Kertas 2 mata pelajaran Bahasa Melayu dengan kod kertas 1103/2. Soalan rumusan SPM memperuntukkan 30 markah untuk calon. Untuk pengetahuan calon SPM, rumusan ialah soalan yang agak mudah untuk dijawab dan mengumpul markah sekiranya calon mengetahui teknik menjawab rumusan yang betul.

Salah satu teknik menulis rumusan yang perlu diketahui oleh calon SPM ialah menulis pendahuluan rumusan. Dalam pendahuluan rumusan ini, calon perlu menukarkan kata kunci untuk isi tersurat dalam arahan soalan kepada kata sama erti yang perlu ditulis sendiri.

Oleh itu, perkongsian kali ini berkisarkan analisis soalan sebenar SPM November dan SPM Jun, iaitu SPM ulangan untuk soalan rumusan mata pelajaran Bahasa Melayu dari tahun 2001 hingga 2019 beserta kata kunci yang boleh digunakan untuk menulis pendahuluan rumusan.


TAHUN
SPM
KEHENDAK SOALAN
(ISI TERSURAT)
KATA KUNCI
NOV 2001
Tanggungjawab penulis.
peranan/ sumbangan/ tugas/ fungsi/ tindakan

JUN  2002
Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara.
sumbangan/ kepentingan/ fungsi/ tugas/ tindakan

NOV 2002
Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan.
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi/tindakan

JUN  2003
Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat.
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/  pendekatan-pendekatan/ strategi-startegi/ tindakan-tindakan

NOV 2003
Kepentingan pelabelan makanan.

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN  2004
Masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan  awam di Malaysia.
kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ cabaran/ hambatan

NOV 2004
Faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.

manfaat/ kebaikan/ kelebihan/ kepentingan
JUN  2005
Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu.
langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan-pendekatan/ strategi-strategi

NOV 2005
Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan.
manfaat-manfaat/ kepentingan-kepentingan/ kelebihan-kelebihan/ kebaikan-kebaikan

JUN  2006
Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan.

faedah/ manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ keberkesanan 
NOV 2006
Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.

langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan-pendekatan/ strategi-strategi

JUN 2007
Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
NOV 2007
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara.

usaha/ cara/ kaedah/ langkah/ pendekatan/ teknik/ strategi
JUN 2008
Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan
NOV 2008
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas  dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.

manfaat-manfaat/ kepentingan-kepentingan/ kebaikan-kebaikan/
kelebihan-kelebihan
JUN 2009

Punca-punca  keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan.

faktor-faktor /sebab-sebab
NOV 2009

Kepentingan  tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur.

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
 
JUN 2010

Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini.

implikasi/ impak/ akibat/ keburukan/ natijah
 
NOV 2010

Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat.

manfaat/ kepentingan/ faedah/
kelebihan
JUN 2011

Kepentingan berpeluh kepada manusia dan cara-cara menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang mengeluarkan peluh.

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
 
NOV 2011

Kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN 2012

Ciri-ciri perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding.

sifat-sifat/ kriteria-kriteria
NOV 2012

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita.

punca-punca/ sebab-sebab
JUN 2013

Khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan.

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
NOV 2013
Kepentingan hutan bandar dan cara-cara mengekalkan hutan bandar.

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN 2014
Faktor-faktor obesiti dan kepentingan mengawal berat badan.

punca-punca/ sebab-sebab
NOV  2014
Peranan kaunselor dan langkah-langkah menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor.

tanggungjawab/ sumbangan/ tugas/ fungsi
JUN 2015
Cara-cara menjalani kehidupan berkualiti pada hari tua dan sebab-sebab warga tua perlu dihargai.

usaha-usaha/ kaedah-kaedah/ langkah-langkah/ strategi-strategi
NOV 2015
Punca-punca berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air.

 faktor-faktor/ sebab-sebab
JUN 2016
Kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak.

implikasi-implikasi/ impak-impak/ akibat-akibat/ keburukan-keburukan/ natijah-natijah
NOV 2016
Cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat patriotisme.

usaha-usaha/ kaedah-kaedah/ langkah-langkah/ strategi-strategi
JUN 2017
Cara-cara menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya berberlanja secara berhemat.

usaha-usaha/ kaedah-kaedah/ langkah-langkah/ strategi-strategi

NOV 2017
Faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

manfaat-manfaat/ kepentingan-kepentingan/ kebaikan-kebaikan/ kelebihan-kelebihan
JUN 2018
Kelebihan-kelebihan penerapan unsur KBAT dan usaha-usaha ibu bapa untuk menyokong pelaksanaan KBAT dalam pendidikan.

manfaat-manfaat/ kepentingan-kepentingan/ kebaikan-kebaikan/ faedah-faedah
NOV 2018
Persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.

usaha-usaha/ kaedah-kaedah/ langkah-langkah/ strategi-strategi/ tindakan-tindakan

JUN 2019
Keistimewaan-keistimewaan pokok kari dan cara-cara menggalakkan penanaman pokok kari bagi tujuan komersial.

kelebihan-kelebihan / faedah-faedah/ manfaat-manfaat/ kepentingan-kepentingan
NOV 2019
Peranan-peranan PIBG dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG.

tanggungjawab/ sumbangan/ tugas/ fungsi
Kredit: Rujukan dan diubah suai daripada portal bmspm.net
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!