Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang seharusnya berlangsung awal November tahun
2020 ditunda gara-gara pandemik Covid-19 yang memaksa sekolah ditutup sejak 18
Mac hingga 23 Jun lalu. Perubahan jadual tersebut adalah untuk memberikan masa
tambahan kepada calon SPM 2020 untuk membuat persiapan tambahan.
Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) siang tadi mengumumkan penjadualan terkini
peperiksaan SPM bagi calon yang didaftarkan pada tahun 2020. SPM 2020 akan
diadakan seawal 6 Januari 2021 hingga 9 Februari 2021.
KPM dalam pada
itu berkata, pindaan itu merupakan pindaan kali kedua apbila penjadulan sebelum
ini, iaitu bermula 16 November hingga 7 Disember tahun ini.
Mengambil kira
penggunaan logistik sekolah semasa pelaksanaan peperiksaan SPM pada awal tahun
hadapan, KPM akan mengambil kira pelbagai faktor berkaitan termasuklah
memperincikan semula tarikh permulaan sekolahan bagi sesi 2021 yang akan
diumumkan kelak.
Sementara itu,
KPM sekali lagi menegaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk tahun 2020 dibatalkan.